Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » ‘MITOS’ Semata Rupanya Tidak Boleh Campur Makanan Laut & Darat, Baca Penjelasan Ini..

‘MITOS’ Semata Rupanya Tidak Boleh Campur Makanan Laut & Darat, Baca Penjelasan Ini..

Kategori:
Tidak Boleh Campur Makanan Laut

Ramai yang masih percaya dengan mitos tidak boleh campur makanan laut dan darat kerana dipercayai akan berlaku tindakbalas kimia yang boleh menyebabkan makanan menjadi toksik lalu boleh memudaratkan badan.

Ini TIDAK benar, Kenapa?

Makanan laut dan darat jarang dicampur masak bersama disebabkan oleh struktur protein yang berlainan yang mana ikan lebih cepat masak jika dibandingkan dengan ayam dan daging lembu. Jika difikir logik, ianya lebih kepada tekstur yang memerlukan daya kunyahan yang berlainan yang mana boleh mengganggu dalam proses penghadaman sekiranya diambil dengan kuantiti banyak.

Maka, untuk masakkan campur sebegini, mungkin cara dan proses memasak perlu diolah sedikit agar kedua jenis protein ini lebih serasi. Disamping, rasa makanan sumber protein yang pelbagai yang mana pilihan adalah bergantung kepada suka masing-masing.

Tiada ayat Al-Quran atau hadith Sahih yang melarang

Ada juga yang mengaitkan dengan amalan Nabi saw. Namun tiada ayat Al-Quran atau hadith Sahih yang melarang. Boleh baca penerangan Mufti Wilayah di pautan ini.

Sebenarnya amalan tidak mencampur makanan laut dan darat adalah tergolong dalam Kahsut iaitu hukum hakam pemakanan kaum Yahudi (Jewish dietary laws). Boleh baca penerangan lebih terperinci di pautan ini untuk lebih jelas.

Maka, KESIMPULANnya makanlah apa yang anda suka, yang penting halal dan baik. Pastikan mengunyah dengan betul terutamanya apabila mengambil bersama ikan dengan daging yang lebih liat seperti deging lembu. Ini untuk membantu dalam sistem penghadaman. Sesetengah makanan seperti susu tidak digalakkan diambil bersama dengan daging berprotein lain bagi mengelakkan kurang serapan nutrisi.

 

Kredit: Dr. Fatimah Salim

tags: | |