Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Review » Ubah Takdir Menerusi ShopeeFood Dalam Berniaga, 3 Usahawan Manfaatkan Platform Digital Perniagaan

Ubah Takdir Menerusi ShopeeFood Dalam Berniaga, 3 Usahawan Manfaatkan Platform Digital Perniagaan

Kategori: ,

Dengan kepesatan teknologi yang memudahkan orang ramai berurusan dalam perniagaan, platform e-dagang menjadi pilihan orang ramai untuk memasarkan produk masing-masing.

Antara pilihan pengguna menerusi platform ini adalah medium ShopeeFood yang sudah lebih setahun menawarkan servis penghantaran F&B (makanan dan minuman) dan ia mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Dengan adanya platform ShopeeFood, ia membuka peluang kepada usahawan lokal F&B untuk mengembangkan lagi jenama mereka kepada orang ramai dan lebih dikenali di mana-mana sahaja hanya melalui hujung jari.

Ditambah pula dengan keadaan musibah yang melanda dunia, kelangsungan hidup para peniaga terjejas akibat pandemik Covid-19 sehingga ada yang terpaksa menutup periuk nasi.

Jadi, dengan kemunculan ShopeeFood, ia memberi nafas dan semangat baharu kepada usahawan F&B untuk terus melangsungkan perniagaan mereka dengan memanfaatkan kemudahan servis penghantaran dan pemasaran jenama kedai makan atau restoran yang dapat dikenali ramai.

Dalam perkembangan itu, tiga usahawan F&B tampil untuk berkongsi pengalaman tentang bagaimana platform online ShopeeFood telah mengubah takdir mereka dalam mengembangkan misi perniagaan masing-masing. Mereka adalah:

  1. Lim Fried Chicken
  2. Salad Atelier
  3. Tiga Budak Gemok

Bercerita tentang pengalaman masing-masing, mereka mengatakan bahawa platform ini memberi keuntungan dari segi jumlah pelanggan yang semakin berganda dan jenama yang semakin popular. 

Lebih dari 3 dekad berniaga, sedar zaman makin berubah, LFC guna ShopeeFood untuk kembangkan jenama perniagaan

Berkecimpung dalam dunia F&B lebih kurang 39 tahun lalu, Jordan Lim, anak kepada pengasas Lim Fried Chicken (LFC), menceritakan bagaimana beliau bertahan dengan berniaga di kedai sewa dan hanya mula memiliki kedai tersendiri pada tahun 2015.

Melalui jerit-perihnya, perniagaan dia dan isteri berkembang maju di Lembah Klang dan Sabah. Lalu 7 tahun kemudian, LFC sekarang sudah memiliki 15 cawangan di Lembah Klang.

Namun, pelbagai pilihan makanan di Malaysia telah mewujudkan persaingan yang sengit. Lebih-lebih lagi produk ayam goreng merupakan antara produk yang dijual ramai oleh peniaga di Malaysia.

Oleh itu, dengan cabaran yang dihadapi, termasuk permintaan pengguna di dalam talian, mereka mula menceburkan diri dalam perniagaan digital dengan menggunakan ShopeeFood dan pelanggan baru mula mengenali mereka di sana.

Dengan itu, mereka dapat memperluas jenama LFC di samping memberikan pelanggan mereka rasa ayam goreng yang unik daripada ayam goreng jenama lain. “Ya kami mendigitalkan perniagaan di ShopeeFood, penghantaran makanan percuma dan perkhidmatan bayaran tanpa tunai yang menjadi trend sekarang dan terbukti banyak pelanggan mula menggunakannya,” jelasnya.

Pautan Kedai:  Lim Fried Chicken

Salad Atelier mahu capai misi untuk ‘paperless’, jadi pelanggan akan tukar kepada ‘cashless’

Sementara itu, Dylan Lee, Pengasas Salad Atelier berkata, dia mula beralih menggunakan ShopeeFood dan ShopeePay semenjak perkhidmatan itu mula ditawarkan di Malaysia lagi.

Menurut anak jati Perak ini, perkembangan dunia digital sememangnya memberi kesan positif kepada industri F&B. Selain itu, dengan adanya platform ini, mereka dapat memberikan kepuasan layanan kepada pelanggan mereka kerana urusan akan menjadi lebih mudah.

Oleh itu katanya, selain misi utama yang ingin menjaga alam sekitar dengan penyediaan makanan rendah karbon, misi perniagaan untuk mengurangkan penggunaan kertas dengan kadar paling minimum kepada orang ramai juga dapat dijayakan dengan berkecimpung dalam digital perniagaan ShopeeFood ini.

“Perusahaan Salad Atelier dalam misi untuk paperless. Jadi perkembangan dunia digital menggalakkan lagi misi perniagaan ini yang seiring dengan melakukan pembelian atas talian.

“Selain itu, dengan menggunakan ShopeeFood juga, urusan dengan pelanggan menjadi senang kerana mereka tidak perlu untuk beratur panjang,” katanya.

Ini kerana, permintaan pelanggan menyebabkan pengasas nekad beralih kepada perniagaan digital kerana ketika ini ramai pelanggan lebih gemar menggunakan e-dompet berbanding bayaran tunai.

Hasil penerokaan bidang perniagaan baharu di ShopeeFood menjadikan satu titik sokogan yang paling disyukuri kerana telah menambah daya tarikan dari penggunanya tersendiri.

Dalam pada itu, bagi beliau, kejayaan menawan hati rakyat Malaysia dengan menjual makanan sihat menjadi satu kejayaan yang bermakna dan memuaskan mereka.

Ini juga termasuk harapan Salad Atelier yang ingin meneruskan misi utama mereka untuk menyediakan makanan sihat dengan penggunaan karbon yang rendah dalam membantu menyelamatkan alam sekitar.

Kini Salad Atelier sudah mengembangkan perusahan sehingga luar Kuala Lumpur yang tertumpu di sekitar Klang, Sri Petaling dan Megah Rise.

Pautan Kedai : Salad Atelier 

Sukar berniaga ketika pandemik, Tiga Budak Gemok teruskan kelangsungan perniagaan dengan ShopeeFood 

Dalam pada itu, bagi seorang lagi usahawan, Khairul Anuar Abu Bakar, yang juga Pengurus Kewangan dan Operasi Tiga Budak Gemok turut berkongsi pengalaman bagaimana dia mula berjinak dengan platform ShopeeFood ini dan berjaya.

Dia berkata, pihaknya memilih untuk menggunakan perkhidmatan ShopeeFood kerana ia menawarkan perkhidmatan tanpa tunai, pembayaran terus kepada pelanggan.

Selain itu katanya, perkhidmatan itu telah meningkatkan margin keuntungan yang lebih sehingga berjaya mengembangkan perniagaan lebih meluas sekali gus berjaya membuka kira-kira 18 cawangan semuanya.

“Perkhidmatan baharu ini jelas melihatkan ShopeeFood mampu membantu untuk perniagaan kami pada masa hadapan,” ujarnya


Justeru, kepada orang ramai yang ingin mencuba seperti usahawan-usahawan ini, korang boleh terus ke ShopeeFood sekarang dan nikmati pelbagai promosi menarik sempena 12.12 sales yang akan berlangsung khas untuk korang semua.

(#ShopeeSapotLokal)

Oleh itu, korang boleh memesan makanan kegemaran korang di kedai makanan atau restoran yang tersedia menerusi platform ShopeeFood sahaja dalam lokasi Klang Valley, Johor Bahru, Penang, Sabah, Ipoh dan Perak.

Pastikan korang tidak melepaskan peluang di bulan Disember ini dan memanfaatkan promo serta diskaun ShopeeFood (12.12 Disember) semasa membuat pesanan dengan tawaran yang tersedia seperti di bawah: 

  • Penghantaran percuma dengan RM0 minimum pembelian.
  • Diskaun sehingga 50% untuk peniaga terpilih. Nantikan kedai-kedai popular seperti: ZUS Coffee, Thong Kee Cafe, Old Town White Coffee, Bubblebee, Hotpot Kitchen, Black Whale, Coolblog, Tea Garden, Little KL Food Hall, Tea Can Tin, Pop Meals, Kee Nguyen – Vietnam Coffee, Nasi Lemak Saleha dan banyak lagi.
  • Jualan mengejut RM12 sehingga 12 Disember 2022. Berikut adalah beberapa jenama yang sedap untuk dicuba seperti Marrybrown, Neighborhood Food Court Kota Damansara, Restoran Mariya, Nurich Cafe and Catering, King Tomyam Kitchen, MyLaksa, BMS Organics, Tiger Sugar, Sangkaya, Baskin- Robbins, HWC Coffee, JuiceLab dan banyak lagi.

 

Pastikan anda menyemak butiran pada aplikasi ShopeeFood:

https://shopeemy.onelink.me/356033421/cbsteheh

tags: | |