Sebagai ibu bapa yang inginkan anak-anak sentiasa sihat pastinya akan memberikan makanan yang berkhasiat. Selain memberikan susu para ibu bapa juga galakkan anak-anak untuk makan sayuran.
Boleh dikatakan kesemua sayuran yang ada adalah baik untuk kesihatan dan selamat untuk dimakan oleh anak-anak. Namun begitu, tetap ada juga sayuran yang mungkin memberikan kesan yang buruk kepada anak-anak.
Sayuran tersebut adalah timun batang. Waspadalah dengan timun batang ini sekiranya anda selalu berikan anak-anak makan sayuran ini. Hati-hati dengan getah yang ada pada timun batang ini memandangkan ia boleh menyebabkan keracunan jika dimakan oleh anak-anak.
Di bahagian lain sememangnya tiada masalah untuk diberikan namun jangan berikan atau elak berikan di bahagian bergetah tersebut. Untuk lebih lanjut, mungkin anda boleh rujuk perkongsian dari Doktor Mazliana Mazlan ini.
Rasa dulu timun yang korang potong sebelum bagi anak makan.
Dalam timun, ada cucurbitacin. Cucurbitacin ni sejenis bahan semulajadi yang ada dalam timun. Dia lah yang beri rasa pahit pada timun.
Kalau kita bagi anak kecil makan timun yang tinggi kandungan cucurbitacin, akan ada risiko muntah, loya dan cirit-birit pada anak.
Sistem penghadaman anak kecil, tak macam kita orang dewasa. Usus anak kecil bawah setahun belum matang dan susah nak hadam cucurbitacin.
Kita yang dewasa mungkin boleh bertahan. Tapi kalau kena kat anak-anak, takut risiko dihidrasi pulak sebab hilang banyak air dalam badan dari muntah dan cirit.
Waktu nak potong timun, potong dulu hujung timun atas dan bawah. Kemudian ambil bahagian yang dah potong tadi, gosok secara membulat, sampai keluar getah warna putih.
Getah yang mak kita selalu pesan suruh buang itu lah namanya cucurbitacin. Hebat kan orang lama, diorang taktahu nama saintifik apa pun, tapi petua diorang semua menjadi.
Cucurbitacin ni, walaupun tak berapa sesuai untuk anak kecil, tapi banyak khasiatnya untuk kita yang dewasa.
Cucurbitacin bersifat anti inflamasi, anti kanser, serta bagus untuk mereka yang ada risiko pesakit jantung dan kencing manis.
Makanan itu ubat kan. Cuma kena hati-hati lebih sikit dengan sesetengah jenis makanan, supaya kita dapat maksimakan khasiatnya, dan juga elakkan kemudharatan.
Sudah jelas sekarang kan mengenai timun batang ini? Tolonglah berhati-hati dalam setiap penyediaan makanan kepada anak-anak qalapun ada di antara kita yang menganggap ianya perkara remeh namun sebenarnya tidak.
Betapa pentingnya menjaga pemakanan ini bagi memastikan kesihatan dan tumbesaran anak-anak dalam keadaan baik-baik sahaja.
Jangan lupa kongsikan juga maklumat atau perkongsian ini kepada kenalan korang. Mungkin dengan perkongsian ini kita dapat menyelamatkan nyawa insan kecil.
Sumber: Mazliana Mazlan
Baca juga: Teknik Betul Buat Telur Sarang, Barulah Menjadi. Minyak Pun Tak Bergenang!