Sering kali para food rider akan dipersalahkan jika makanan yang tiba pada pelanggan adalah kurang memuaskan. Dituduh mengkhianati pelanggan atau mengambil kesempatan, walhal perkara itu tidak disengajakan.
Kepuasan pelanggan adalah amat penting, jadi food rider perlu berhati-hati bila menghantarkan pesanan. Malah, ada juga yang menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pesanan yang ingin dihantar akan tiba dalam keadaan yang baik, tiada kekurang di mata pelanggan.
Di laman TikTok, seorang wanita, miramazlan17, berasa kagum bila melihat tindakan rider GrabFood yang sedang mengambil masa meneliti setiap pesanan pelanggan bagi memastikan tiada kekurangan.
Berlaku di restoran makanan segera terkenal iaitu McDonald’s, wanita itu memerhati dari jauh tindakan rider GrabFood itu dalam memastikan pesanan pelanggan dibungkus dengan baik bagi mengelakkannya tertumpah. Kerana ianya minuman, ia lebih cenderung untuk tumpah sewaktu penghantaran.
Tak semua rider sempat melakukan perkara sebegitu oleh kerana kekangan waktu. Namun, rider GrabFood itu masih lagi sanggup meluangkan beberapa minit bagi memastikan semuanya elok buat pelanggan yang menanti. Tindakannya sangat mengagumkan bagi wanita itu.
@miramazlan17 Aku X expect food rider akan protect makanan cust sampai macam ni. Korang pernah dpt rider cmni? #fyp #grabfood #goodthing #fypシ゚viral #viral
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
@miramazlan17Aku X expect food rider akan protect makanan cust sampai macam ni. Korang pernah dpt rider cmni? ##fyp ##grabfood ##goodthing ##fypシ゚viral ##viral♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Menjengah di ruangan komen, selain untuk memuaskan hati pelanggan, ada beberapa sebab mengapa beberapa rider GrabFood akan bertindak sebegitu.
Walau apapun, tindakan rider GrabFood itu seharusnya diberi pujian kerana berhati-hati dalam menjalankan tugas. Teliti dan mementingkan kepuasan pelanggan, semoga kita semua mempunyai etika kerja sebegitu juga.
Semoga rider tersebut sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat dan kita dapat contohinya.
Kredit: TikTok miramazlan17
Baca Juga: Bersimpati Dengan Nasib Abang GrabFood Yang Terpaksa Menempuh Hujan Lebat, Akhirnya Individu Ini..