Jenama Pepsi tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Merupakan antara minuman berkarbonat yang terkenal di seluruh dunia, ia boleh didapati dalam bentuk tin atau botol plastik.
Untuk rasa yang lebih menyegarkan, minuman tersebut lebih sedap untuk dinikmati secara sejuk-sejuk. Jadi sesudah mendapatkannya, ramai yang suka menyimpannya di dalam peti ais buat beberapa hari.
Perkara itu tidak menjadi satu masalah namun elakkan menyimpan di bahagian freezer kerana ia boleh mendatangkan risiko yang tinggi pada diri anda.
Terkini, seorang wanita, sre7a bersama kawan-kawannya telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi perkara kurang bermanfaat yang telah dilakukan oleh mereka bagi mengisi masa bosan.
Ingin bereksperimen, dia mengambil satu tin minuman Pepsi dan meletakkannya di bahagian freezer dan tunggu beberapa jam supaya ia mengeras dan menjadi ais.
Setelah itu, dia terus gunting bagi mengoyak tin minuman tersebut untuk melihat hasil eksperimen yang telah dilakukan. Terlampau sejuk bila dipegang, jelas mereka juga turut terhibur dengan perkara yang dilakukan.
Meskipun eksperimen yang dilakukan berjaya, namun dia tidak menyarankan untuk berbuat begitu kerana jika ditinggalkan terlalu lama di dalam bahagian freezer, tin minuman itu boleh meletup sekaligus boleh merosakkan harta benda atau mencederakan diri.
@sre7a and this is how our brain cells work while sober #fypシ ♬ got nothing in my brain – Tik Toker
Menjengah di ruangan komen, meskipun wanita itu menasihatkan orang ramai untuk tidak mencuba aksi tersebut, masih ada yang berminat untuk melakukannya. Tambahan, ada juga yang tag kawan-kawan untuk cuba.
Eksperimen itu jelas kelihatan sangat seronok untuk dicuba bersama kawan-kawan tapi orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada. Ini kerana tindakan itu boleh mengundang padah jadi jangan dicuba supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Kredit:sre7a