Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Minuman » Tip Menjaga Kulit Muka Supaya Kekal Flowless

Tip Menjaga Kulit Muka Supaya Kekal Flowless

Kategori: ,

Hai semua. Anda ada masalah dengan kulit muka? Anda ingin kulit muka yang menawan? Jangan bimbang. Saya ada tips yang sangat berkesan dan menjadikan kulit muka anda sangat flowless.

Tips penjagaan kulit muka yang betul untuk kekal sihat tidak semestinya dilakukan di salon kecantikan sahaja, namun anda boleh melakukannya dengan sendiri kerana caranya sangatlah mudah. Tips penjagaan muka menggunakan teknik steam ini sebenarnya sudah dilakukan oleh ramai wanita pada zaman dahulu. Jadi anda tunggu apa lagi, Jom baca semua tips yang saya kongsikan tentang penjagaan kulit muka ini dengan sebaik mungkin.

Tips Menjada Kulit Muka

  1. Steam Wajah

Caranya adalah didihkan air dan masukkkan hirisan lemon, tomato ataupun timun. Kemudian dekatkan wajah anda ke air panas tersebut. Lakukannya selama 10-20 minit secara teratur pada setiap minggu. Steam wajah berupaya membantu untuk menghindari poripori tersumbat dan membersihkan kulit anda daripada sebarang kekotoran seperti debu. Steam juga membantu anda menghindari masalah kulit kusam serta berjerawat yang disebabkan oleh sisa-sisa mekap dan sebagainya.

  1. Kunyit Hidup

kunyit mempunyai banyak khasiat utuk memutihkan kulit, samada kulit tubuh mahupun kulit wajah. Tips penjagaan kulit muka dengan betul dengan bahan natural dan organik. Kulit wajah anda bukan setakat cerah dan putih, bahkan juga bersinar-sinar. Campurkan satu sudu makan kunyit hidup yang sudah dikisar halus dengan ssetengah sudu makan madu. Baurkan adunan tersebut hingga sebati sehinga membentuk adunan seperti pasta. Kemudian aplikasikan pada wajah secara merata, biarkan selama 10 minit dan bilaslah sehingga bersih.

  1. Rawat Kulit Wajah Sebelum Tidur

Mungkin ramai yang tidak tahu, malam hari adalah waktu yang tepat bagi kulit untuk melakukan regenerasi kulit (pengantian sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baru atau yang muda). Kemudian, proses regenerasi kulit juga akan membuatkan kulit anda terhindar daripada kerutan serta garis-garis penuaan menjadi lebih sihat, anjal, bersih, lembut serta. Jadi sebab itulah betapa pentingnya menjaga kebersihan sebelum tidur agar kulit wajah dapat bernafas dan tidak menghalangi kulit wajah untuk beregenerasi.

  1. Bersihkan Sisa-sisa Mekap

Menghilangkan semua sisa mekap dan juga kotaran yang melekat di wajah. Cara yang paling mudah, gunakan ‘make-up remover’. Tips penjagaan kulit muka dengan betul dengan bahan natural dan organik sebagai make-up remover adalah dengan gunakan air mawar kerana ia bersifat sebagai pembersih semulajadi. Kemudian, anda boleh gunakan kapas lembut sehingga semua kotoran yang melekat dan sisa-sisa mekap itu hilang.

  1. Jangan Lupa Gunakan Toner

Toner memiliki dua fungsi, sebagai penyegar dan juga membantu membersihkan sisa-sisa kotoran yang tidak dapat disempurnakan oleh make up remover ataupun pembersih muka. Tips penjagaan kulit muka dengan betul dengan bahan natural dan organik dengan menggunakan pati minyak seperti minyak argan, minyak zaitun, minyak jojoba dan banyak lagi.

  1. Rutin Minum Air Putih

Minumlah air putih sebanyak lapan gelas sehari. Selain dapat menyihatkan tubuh, pengambilan air putih juga dapat membuatkan kulit anda segar dan tidak kering.

  1. Rajin Bersenam

Usahakan untuk bersenam, paling kurang seminggu sekali. Dengan bersenam anda bukan sahaja terhindar daripada sebarang penyakit, bahakan kulit akan kelihatan lebih tegang dan memperlambatkan kerutan semulajadi pada kulit.

Itu sajalah tips penjagaan kulit muka yang flowless. Moga berkesan dan bermanfaat!

tags: |