Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tanam Sawi Tapi Menguning & Bantut? Ikut Tip Ini Agar Sawi Hijau Cantik & Segar!

Tanam Sawi Tapi Menguning & Bantut? Ikut Tip Ini Agar Sawi Hijau Cantik & Segar!

Kategori: ,
sawi hijau cantik

Antara sayur yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah sayur sawi. Ia senang dimasak bersama kuah ataupun goreng dan rasanya juga sepadan dimakan bersama apa sahaja tidak kira mi, nasi, atau roti sebagai sandwich.

Ia juga antara yang mudah ditanam terutama bagi yang baru mencuba bercucuk tanam. Meski mudah tapi jika tak dijaga mengikut cara yang betul, sayur sawi mungkin akan kekuningan dan terbantut serta tak hijau.

Jika berlaku mungkin panduan yang dikongsi oleh Liyana Mohd Poad boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Bagaimana nak bagi sawi yang kita tanam betul betul hijau dan tidak berwarna kuning atau terbantut pembesarannya.

Tanam Sawi Tapi Menguning & Bantut? Ikut Tip Ini Agar Sawi Hijau Cantik & Segar!

sawi hijau cantik

Cara untuk dapatkan sawi hijau cantik, guna sekam padi dalam medium semaian dan ketika pindah untuk ditanam, lagi banyak sekam padi lagi bagus. Sawi ini berumur lebih kurang 5 minggu.

Saya terus petik dan tak akan tunggu sehingga lebih 6 minggu ataupun 2 bulan. Sebabnya kalau lebih daripada 2 bulan, batangnya akan keras dan bila dimakan, ia tidak rangup dan rasa berserat.

Selain daripada sekam, elok juga amalkan penggunaan cuka kayu. Rata-rata maslaah tanaman adalah daun kuning, layu, lecur, mati, diserang ulat dan serangan bena dan sebagainya.

Jadi pastikan setiap rumah yang nak berkebun walau sekangkang kera, ada sebotol cuka kayu (apa-apa jenama pun boleh). Bancuh ikut sukatan seperti berikut:

  • Bancuh 2 ml cukakayu bersama dengan 1.5 liter air biasa. Kemudian sembur ikut keperluan.
  • Spray pada keseluruhan daun, batang dan juga tanah, tiada masalah. Spray pada tanaman seminggu dua tiga kali pun boleh.
  • Ianya sangat efektif untuk akar, kemunculan tunas baru, penghijauan daun, elakkan masalah bena dan ulat serta meneutralkan PH tanah.

sawi hijau cantik sawi hijau cantik

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan semoga tanaman sawi hijau cantik sentiasa! Selamat mencuba.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Baca juga: Resepi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Je, Ini Rahsia Peniaga Kerepek Sendiri, Rangup Dan Senang Sangat Nak Buat!

tags: | |