Bagi penggemar kerepek pisang rangup krup krap, korang boleh buat dekat rumah je tau kerepek pisang ni. Sebab senang sangat! Boleh guna 3 bahan je. Selain jimat, korang boleh buat ikut kuantiti yang korang nak.
Isi dalam balang dan terus boleh makan pada bila-bila masa sahaja. Perkongsian resepi kerepek pisang guna 3 bahan daripada Khaula Anis ini memang cukup rasa lemak masin dan rangup tau! Jom ikuti dan rujuk bersama.
Resipi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Je, Ini Rahsia Peniaga Kerepek Sendiri, Rangup Dan Senang Sangat Nak Buat!
Bahan-Bahan:
- pisang berangan – 1 sikat sahaja
- marjerin secawan (200gram)
- minyak setengah kilo (1/2 kilo)
Cara Penyediaan:
- Ambil pisang dan kupas kulit untuk dapatkan isi buah pisang.
- Sagat pisang mengikut ketebalan yang dimahukan. Kerepek pisang ni lagi nipis lagi rangup lagi sedap.
- Letak marjerin dalam periuk yang berisikan minyak setengah kilo tadi.
- Goreng macam biasa dan angkat.
Petua/Info: Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawnag putih masa menggoreng. Rahsia ini dari peniaga kerepek sendiri tau.
Untuk resepi kerepek pisang guna 3 bahan, tidak perlu gunakan air garam atau serbuk kunyit untuk dapatkan warna kuning emas cantik. Cukup 3 bahan itu sahaja. Nanti boleh goreng banyak-banyak, masukkan dalam bekas atau balang yang kedap udara. Nak makan nanti tinggal ambil je.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mecuba dan menikmati!
Sumber: Khaula Anis