Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Buat Stok Lauk Frozen dan Cara Panaskannya Dengan Betul Supaya Nutrisi dan Kualiti Lauk Terpelihara

Tips Buat Stok Lauk Frozen dan Cara Panaskannya Dengan Betul Supaya Nutrisi dan Kualiti Lauk Terpelihara

Kategori: ,

Nak sediakan hidangan lengkap untuk keluarga bukanlah perkara yang mudah bagi yang bekerja. Oleh itu, ramai yang memilih untuk sediakan stok lauk frozen.

Tak salah pun anda sediakan aneka lauk frozen. Jika anda tahu cara untuk simpan dan panaskannya dengan betul, kualitinya dan rasanya masih dapat dipelihara selepas berbulan-bulan!

Jom kita ikuti panduan yang dikongsikan oleh ahli kimia, Dr Fatimah Salim.

Lauk Frozen Boleh Tahan 2 Hingga 6 Bulan

Bergantung kepada jenis bahan masakan dan suhu peti sejuk yang terkawal, makanan yang dimasak kemudian disejukbeku boleh bertahan selama 2 hingga 6 bulan.

Kalau kena dengan caranya, nutrisi hidangan juga akan kekal.

Lauk Frozen

Lepas 6 Bulan, Lauk Frozen Masih Boleh Dimakan, Tapi..

Selepas 6 bulan, kualiti makanan akan mula berkurangan akibat stabiliti komponen masakan yang terganggu.

Menurut Dr Fatimah, kita boleh tentukan kualitinya melalui rupa, warna dan struktur makanan sama ada berubah atau tidak dari yang asal. Namun, ia masih lagi selamat dimakan.

Kita juga perlu faham yang makanan boleh basi atau rosak akibat aktiviti bakteria atau kulat serta tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan.

Kuman boleh datang daripada udara, tangan serta peralatan yang digunakan ketika kendalikan makanan.

Ketahuilah bahawa kebanyakan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk tingkatkan jangka hayatnya.

Pengekalan kualiti terutamanya dari segi rupa dan tekstur makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada makanan itu sendiri.

Lauk Frozen

Lauk Frozen

 

Tip Untuk Panaskan Semula Lauk Frozen

Mungkin ramai yang tak tahu tapi nak panaskan lauk frozen ni pun ada caranya, tau! Jom kita ikuti tips di bawah :

  • Untuk kekalkan kualiti lauk frozen, elakkan untuk defrost lauk yang sama berulang kali.
  • Seeloknya, simpanlah dalam bekas yang cukup untuk sekali makan, contohnya dalam gambar di atas tadi.
  • Keluarkan makanan lebih awal untuk defrost sebelum dipanaskan bagi mengekalkan struktur makanan.

Jadi, jelaslah di sini yang makanan frozen selamat untuk dimakan dan selamat dimakan sehingga beberapa bulan. Namun, tahap kualitinya bergantung kepada beberapa faktor seperti cara pengendalian ketika dimasak dan jenis makanan itu sendiri.

Untuk pastikan kualiti makanan terpelihara, pastikan anda panaskan lauk frozen dengan betul. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu-ibu yang sibuk dengan rutin harian ataupun yang bekerja.

Sumber : Fatimah Salim 

tags: |