Maggi Kari keluaran Nestle ini merupakan antara mi segera yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia pada hari ini. Sejak dari dahulu lagi, maggi ini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Walaupun murah namun rasanya sangat enak dan sedap. Malah maggi ini juga sering menjadi penyelamat pelajar dan mereka yang berada dalam kesusahan. Oleh kerana harganya yang mampu milik dan membuatkan perut berasa kenyang, ramai yang memilih mi segera ini.
Masak begitu sahaja pun sudah sedap, apatah lagi jika ditambah sayur dan beberapa lagi lauk pauk lain. Pasti terlebih sedap. Untuk menjadi mi segera yang anda masak terlebih sedap dan berkrim, ada cara dan tipsnya yang tersendiri tau.
Jadi jom kita ikuti cara masak maggi kari yang creamy yang telah dikongsikan oleh Afy AL Habibi di bawah ini.
Aihh cikgu masak maggi pun nak share resepi ke?
Cikgu kalau hasil masakan jadi tak letopss, memang cikgu takkan kongsi dekat kawan-kawan kesayangan di sini.
Walaupun menu ini simple, semua orang boleh buat pasti ada kelainan yang cikgu tonjolkan.
Bolehlah kawan cikgu cuba untuk menu petang atau tengah malam kalau tetiba lapar.
Ikut hati ni geram je cikgu nak menikmati lagi keenakan maggi kari creamy up level begini. Aduhai sabarr je.
Tunggu target berat cikgu sikit lagi nak capai. Nanti cikgu reward la diri dengan hidangan superb nih!
Dapat semangkuk maggi kari rupa super sedapp begini memang up level!
Puas hati masak sendiri. Sampai penuh mangkuk bahan-bahan boleh letak.
Kuah yang creamy dijamin terbaik sekali.
Ok jom mula masak. Sukatan untuk seorang makan je ni. Kalau share berdua mesti tak cukup
Tumis ;
– sebiji bawang merah dimayang
– seulas bawang putih diketuk
– sehiris nipis halia
– cili padi merah
Kemudian masukkan isi ayam yang dicincang kecil. Tumis lagi sehingga keluar minyak ayam.
Masukkan 1 1/4 cawan air.
Tuang sepaket rencah Maggi kari.
Haa untuk rasa creamy yang tak muak, cikgu tuang sedikit susu kotak full cream. Cikgu tak letak santan sebab lain sikit nanti rasanya.
Seterusnya, masukkan juga sedikit susu pekat manis. Kalau tak nak letak, ganti dengan gula. Haruslah sedap berkrim lagi kalau tambah kan..
Yang ni optional; cikgu tambah juga sedikit sambal bilis yang memang ada stok dalam peti.
Kalau takda, kawan cikgu tumis sikit cili kisar masa tumis bawang tadi ya.
Seimbangkan rasa dengan sedikit garam.
Akhir sekali, masukkan sepaket Maggi kari, sotong, udang dan pilihan campuran fishball oden.
Masak sekejap sehingga bahan tambahan ini masak sebelum ditutup apinya.
Sedia dihidangkan bersama ;
– sawi pakchoy & kacang yang dicelur seketika sebelum direndam dalam ais untuk kekalkan kerangupannya
– tauhu goreng
– cili merah & hijau
– taburan daun sup, bawang & sedikit daun ketumbar
– bawang goreng
– limau kasturi
Mudah sahaja kan nak masak maggi kari yang berkrim dan sedap ini? Barulah rasanya lain dari yang lain. Boleh kalah tau tukang masak kedai. Jadi tunggu apa lagi tu? Jomlah kita cuba masak sekarang.
Kredit: Afy AL Habibi
Baca juga: Ini Tips Masak Sambal Sotong Petai Supaya Sotong Tetap Pejal, Tak Kecut & Tak Berair