Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Ini Dia Senarai Barang Dan Tips Khas Untuk Yang Sedang DIET Sekarang

Cik Lawa by Cik Lawa
Ogos 10, 2020
in Info, Masak Apa Hari Ini?
3 min read
0 0
0
senarai makanan diet
0
SHARES
113
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Nak diet bukannnya mudah dan bukan juga terlalu senang. Kalau nak diet, banyak benda yang anda perlu jaga dan perhatikan. Daripada kualiti dan kuantiti makanan yang anda ambil dan beberapa benda penting yang lain. Itu belum lagi termasuk dengan senaman dan cara serta kaedah nak melawan nafsu makan yang membuak-buak. Pastinya proses diet ini adalah proses yang ngeri bagi sesetengah individu.

BacaJuga

Menu Lunch Box

Dulu 64kg, Kini 49kg!! Wanita ini Kongsi Menu Lunch Box Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal

Ogos 27, 2023
681
“Coffee Yang Tolong Aku, Turun 30KG!” – Lelaki Ini Kongsikan Resipi Mudah Kopi Diet Yang Rendah Kalori & Low Budget!

“Coffee Yang Tolong Aku, Turun 30KG!” – Lelaki Ini Kongsikan Resipi Mudah Kopi Diet Yang Rendah Kalori & Low Budget!

Julai 6, 2023
247

Jadi ini ada beberapa senarai barang dan tips untuk rujukan anda yang sedang diet sekarang. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda.

1.BROKOLI

Ini antara sayur yang elok nutriennya. Sangat sesuai untuk diamalkan kepada yang sedang berdiet. Anda boleh cuba masak menu brokoli daging grilled.

2.UBI KELEDEK

Ubi keledek atau bahasa kampungnya adalah ubi stello. Sesuai dimakan ketika snacking.
Jenis Jepun ni mahal sikit. Tapi sedap sangat.

3.SANTAN RENDAH LEMAK

Kalau rasa nak sangat makan makanan yang bersantan, boleh lah masak satu kali seminggu. Tapi pastikan guna santan yang rendah lemak ye. Barulah diet tak tension.

4.LEMON

Kalau ada promosi memang murah lemon ni. Macam-macam resepi yang kita boleh buat dengan lemon. Antaranya ialah ayam masak lemon. Lemon ini lebih baik disesuaikan dalam diet harian dan sangat baik digunakan.

4.BLUEBERRIES

Kecil yang bernilai. Selain sesuai untuk diet,  nak cantikkan kulit blueberries antara buah terbaik untuk diamalkan.

5. GULA PERANG

Gula perang ini sangat sesuai untuk individu atau orang yang sedang mengamalkan diet. Gula putih mesti dijauhkan terus dalam diet okay. Barulah cepat berat badan turun.

6. STEVIA

Paling baik untuk menggantikan gula boleh guna stevia. Kosong kalori. Cuma mungkin ada yang rasa manisnya pelik. Terpulang kepada pilihan sendiri okay?

7. GARAM BUKIT

Ini dia cadangan atau garam yang paling penting bagi menggantikan garam biasa. Cuma pengambilannya juga hanya sekadar wujud rasa masin yang sedikit sahaja.

8. PEANUT BUTTER

Mungkin anda jarang jumpa atau agak sukar untuk cari jenama lain yang lagi rendah kalori. Macam Yogood, Steffis ke. Jadi perlu pandai-pandai sendiri kurangkan kuantiti. Dan jenis peanut butter yang berjenama ‘chunky’ ini sesuai dimakan ketika diet kerana rasanya yang sedap (boleh rasa kacang tu masa gigit).

9. EPAL HIJAU

Antara buah yang efektif untuk waktu snacking. Hindarkan buah yang terlalu manis seperti mangga masak kerana gula dalam buah agak tinggi.

10. SALAD

Wajib ada dan antara bahan terpenting juga untuk diet. Nak khasiat yang berlainan, pilih macam-macam jenis salad yang segar.

11. TELUR OMEGA

Gabungan yang terbaik dalam sarapan pagi anda.

12. CAPSICUM

Kunyah macam tu pun sedap dalam salad. Warna kuning paling banyak vitamin.

13. TOMATO CERI

Tomato ceri ini memang sedap dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam air asam atau dimakan bersama dengan salad.

14. MAYONIS

Kalau diet cikgu, kena jugak ada. Yang penting pengambilan mayonis ada had tertentu.

15. ROTI SERAT

Haa inilah barang diet yang disukai ramai orang. Nak dapat roti Gardenia plastik ungu tu susah sikit. Jadi kalau tak jumpa yang Gardenia boleh bertukar kepada jenis ini. Sedap. Penuh bijirin dan bijian dalam sekeping roti ini. Pastinya kenyang!

Itulah antara bahan-bahan yang sesuai untuk orang diet. Sebenarnya ada lagi bahan lain. Semoga bermanfaat buat semua!

SELAMAT BERDIET!

Sumber: Cikgu Afy Al Habibi

3/5 (1 Review)
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Free Download WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
udemy course download free
download karbonn firmware
Tags: dietmenu dietsenarai diet
ShareTweetSend

Related Posts

cendol santan kelapa sawit
Berita

Cendol Santan Kelapa Sawit Ganti Santan Kelapa, Rasa Memang Power! Laku Keras Di Kluang!

September 22, 2023
160
Serbuk Asam Boi
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk Asam Boi Kaw Guna 3 Bahan Saja, Tabur Atas Jambu Atau Mangga Memang Sedap!

September 22, 2023
172
biskut telur crunchy
Masak Apa Hari Ini?

Unik Sangat! – Ini Cara Buat Biskut Telur Crunchy, Kudapan Ringan Yang Jarang Orang Buat Tapi Rasanya Memang Wow!

September 21, 2023
101
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist