Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Yang Ramai Belum Tahu, Wanita Ini Kongsikan Tips ‘Defrost’ Daging Guna Benda Besi Sahaja!

Cara Yang Ramai Belum Tahu, Wanita Ini Kongsikan Tips ‘Defrost’ Daging Guna Benda Besi Sahaja!

Kategori: ,
tips defrost daging

Selain ayam dan ikan, antara menu yang menjadi tumpuan untuk memasak adalah makanan yang berasaskan daging. Biasanya, jika seseorang membeli daging, dia akan menyimpannya di tempan simpan sejuk beku untuk mendapatkan daging yang tahan lama. Tentunya, isi daging akan keras dalam tempat simpanan.

Dan, bayangkan anda berada di dalam situasi yang memerlukan anda memasak daging dengan kadar segera. Tetamu yang menelefon last minute misalnya dan anda perlu hidangkan sajian kepada meraka. Tetapi, daging sahaja yang menjadi pilihan.

Tentu sahaja anda risau kerana daging memerlukan tempoh masa yang lama untuk defrost. Ada yang merendamnya dengar air panas dan ada juga yang menjirus daging dengan curahan air paip tanpa henti.

Cara Yang Ramai Belum Tahu, Wanita Ini Kongsikan Tips ‘Defrost’ Daging Guna Benda Besi Sahaja!

Jadi di sini kami ingin memadam kerisauan anda dengan berkongsi tips defrost daging yang tidak ramai orang tahu! Menurut perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Sharifah Nor Hj Abdullah di laman Facebooknya, dia berkata dengan menggunakan barangan besi atau logam, masalah akan selesai.

Jelasnya melalui hantaran berkenaan, “kadang ada tetamu yang datang mengejut. Nak masak, daging masih keras dalam freezer. Nak defrost ambil masa juga kan?

tips defrost daging

“Di sini saya bagi tips macam mana nak defrost dengan kadar segera. Letakkan daging di atas dulang besi (jangan buat plastiknya) dan tidinuh dengan periuk  yang berisi air biasa (jangan isi air panas). InshaAllah, dalam masa tak sampai setengah jam daging tu akan lembut balik, cubalah…,”terangnya.

Menjengah kepada ruangan komen, ada netizen yang menyokong tips tersebut. Nampaknya, ia buka satu perkongsian kosong. Jika tips ini dipersetujui oleh orang lain, mungkin tips ini menjadi dan berguna.

tips defrost daging

Mengambil komen seorang pengguna Facebook lain yang memberi komen, Ain Zain, dia berkata “Saya selalu buat macam ni. Itu pun sebab tengok rancangan Mat Salleh tunjuk cara defrost. Takda periuk pun letak je apa-apa besi dekat atas bawah. Memang cepat defrostnya,”jelasnya sedemikian.

Selain itu, seorang pengguna lain yang bernama Jus Roslina juga memberi pandangan, tips defrost daging ini bagus dan berguna kerana bukan semua orang mempunyai kemudahan peralatan  microwave ataupun noxxa. Jadi, tips ini menyenangkan kerja dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

“Bukan semua orang ada microwave atau periuk tekanan tinggi, jadi tips ini mambantu..”

tips defrost daging

Haaa! Dah tahu cara dan tips defrost daging dengan singkat ni, mungkin anda semua boleh cuba untuk merasai sendiri keberkesanannya. Tips yang mudah untuk defrost daging seperti ini mungkin akan menyelamatkan anda suatu hari nanti!

Menerusi perkongsian ini juga, semoga bermanfaat buat siapa yang membacanya!

Sumber: Sharifah Nor Hj Abdullah

Baca juga: 4 Petua Sambal Belacan Lebih Beraroma, Ikut Petua Ini Pasti Sambal Belacan Lagi Sedap Dan Tahan Lama!

tags: | |