Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lagi Mengancam, Ini Tips Goreng Roti Sardin Rangup &a Tak Serap Minyak. Perah Asam Limau Sikit Rasa Lagi Mantap!

Lagi Mengancam, Ini Tips Goreng Roti Sardin Rangup &a Tak Serap Minyak. Perah Asam Limau Sikit Rasa Lagi Mantap!

Kategori: ,
roti sardin rangup

Siapa penggemar sandwic di sini? Perkongsian ini memang untuk korang. Tapi ia lain dari yang lain, sebab resepi roti sardin ini digoreng dengan salutan bahan ‘keemasan’ dahulu sebelum dimakan. Memang sedap! Biasanya korang makan sandwic sardin tu dah sedap kan? Kalau buat cara ni lagi extra sedap dia.

Kalau biasanya buat roti goreng, jarang dapat hasil roti sardin goreng yang rangup terutama bila dah sejuk. Sebenarnya untuk dapatkan hasil roti sardin cara goreng dengan tekstur yang sedap dan rangup, ada cara dia tau!

Tip yang dikongsi oleh Cahaya Kasih Firdausi yang mengambil tempahan membuat roti sardin goreng ini memang nampak mengiurkan.

Menurutnya, untuk pastikan roti sardin rangup rahsianya adalah kena letak perahan air limau. Boleh ikut resepi lengkap yang dikongsi ini. Turut dikongsi cara supaya roti sardin tak serap minyak biila digoreng.

Lagi Mengancam, Ini Tips Goreng Roti Sardin Rangup & Tak Serap Minyak. Perah Asam Limau Sikit Rasa Lagi Mantap!

roti sardin rangup

Bahan-Bahan:

  • sardin dalam tin
  • bawang merah
  • cili padi
  • gula sedikit
  • garam sedikit
  • serbuk perasa sedap Maggi
  • roti keping

Bahan Untuk Bancuhan Tepuung Rangup

  • tepung gandum
  • sedikit perahan limauu
  • serbuk kunyit

Nota: kuantiti bahan ikut kesesuaian

Cara Penyediaan:

  1. Hancurkan sardin dalam tin dan gaul rata. Kemudian tumis dengan seddikit minyak hingga bawang layu. Ketepikan.
  2. Untuk bancuhan tepung, bancuh tepung dengan air secukupnya. Jangan terlalu cair. Kemudian perah air limau sedikit sahaja. Inilah rahsia untuk jadikan roti rangup. Jika nak warna kekuningan, letak serbuk kunyi sedikit.
  3. Isi sardin dalam roti dan lipat dua. Letakkan bancuhan tepung cair di tepi rotii supaya melekat dan tak terbuka. Roti tak perlu lenyek atas kukus ya.
  4. Panaskan minyak, biar hingga betul-betul panas. Kemudian celuup roti dalam bancuhan tepung dan terus goreng. Goreng hingga garing. Angkat dan tos.
  5. Roti yang digoreng dengan minyak yang betul-betul panas tidak akan meresap minyak. Siap!

roti sardin rangup roti sardin rangup

Boleh try untuk rasai kelainan dari setiap gigitan tu. Memang sedap tau! Rasa tak hanyir dan masam-masam bersama kerangupan roti yang digoreng.

Semoga perkongsian resepi roti sardin rangup ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Cahaya Kasih Firdausi

Baca juga: Letak Asam Keping Dalam Minyak Ketika Menggoreng , Tips & Petua Dulu Yang Ramai Tak Tahu!

tags: | |