Lauk ikan merupakan antara lauk pauk yang cukup popular dalam kalangan penduduk di Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di kawasan pantai. Hendak mendapatkan ikan yang segar pun mudah apabila menetap di kawasan sebegitu.
Terdapat pelbagai jenis ikan. Sama ada ikan hidupan air masin atau pun air tawar. Antara ikan yang paling sedap direbus dan kemudian digoreng adalah Ikan Selayang. Di Kelantan, ikan rebus goreng dari ikan selayang ini sering menjadi menu utama.
Dicicah pula dengan budu. Lagi bertambah sedap. Apabila makan pastinya tidak pandang kiri kanan dah. Mak mertua dekat belakang lalu pun tak perasan.
Berkenaan dengan ikan rebus ini, rupa-rupanya tak semua orang pandai buat tau. Boleh buat, akan tetapi rasanya biasa sahaja. Hendak lebih sedap dan umphh pastikan rasa masam dan masin sebati pada ikan yang direbus itu.
Bagi cara penyediaan ikan rebus goreng yang sangat sedap dan menggiurkan, segala rasa masin dan masam meresap ke dalam ikan, jom kita ikuti perkongsian resepi dari Afy AL Habibi di bawah ini.
Biarlah kawan MAHN tak terliur pun.Cikgu nak bagitahu jugak makan ikan selayang rebus goreng, cicah pulak dengan budu begini sangat rare. Ini bukan sembarangan menu. Laku teruk resepinya kalau lalu. Siapa suka?
Jarang orang makan tak menambah. Bau ikan masa digoreng pun dah menggugat iman. Nak sedapkan ikan rebus ini juga cara cikgu buat; Lepas rebus, cikgu biar dulu semalaman. Lepas tu goreng bagi garing. Masuk sekali bawang dan cili. Aduh baunya boleh buat kita bertambah dua pinggan nasi. Ahaa
Walaupun menu ini ringkas, cikgu tetap akan pastikan hasilnya sentiasa terbaik. Isi ikan mesti pejal dan wangi. Selain manis ikan tersendiri takkan cukup, kena masukkan nisse atau gula melaka. Masam dan masin pun mesti seimbang. Tengoklah sendiri hasilnya. Menjadi rebutan sekeluarga.
(Kuantiti ikan 10 ekor)
Mudah sahaja kan cara buat ikan rebus goreng yang sedap dan menggiurkan ini? Main campak-campak je tapi pastikan segala rasa tu seimbang. Dan jangan lupa masukkan juga gula melaka, sebab ianya adalah salah satu bahan penyedap masakan.
Kredit: Afy AL Habibi via MAHN
Baca juga: Cara Mudah Buat Kuih Pau Yang Sedap, Gebu & Lembut. Ikuti Teknik Penting Ini!