Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Tips Hilangkan Bau Mulut & Tandas Selepas Makan Petai, Tak Payah Risau Dah Lepas Ni!

Tips Hilangkan Bau Mulut & Tandas Selepas Makan Petai, Tak Payah Risau Dah Lepas Ni!

Kategori:
tips hilangkan bau petai

Petai merupakan ulaman yang bagus untuk kesihatan dan mampu menjadikan pemakan petai kelihatan awet muda. Walaupun begitu, petai mampu membuatkan mulut seseorang berbau busuk dan pastinya diri sendiri atau orang lain tidak selesa dengan bau tersebut.

Mengenai bau petai ini, ada seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Bee Keng ada berkongsi cara untuk hilangkan bau mulut sepantas satu minit. Menurut Bee Keng, cara tersebut diajar oleh ibunya sendiri sewaktu dia masih kecil.

Tips Hilangkan Bau Petai

Cara segera : Potong sepotong terung mentah sebesar satu atau dua cm dan kunyah selama seminit. Selepas kunyah boleh ditelan atau diludah. Kalau korang nak tahu, info mengatakan terung mentah mengandungi Solanine yang mana boleh menyebabkan keracunan dan kembung perut. Saya biasanya telan sebab rasa terung mentah sangat manis dan sedap. Sepotong kecil tak memudaratkan pun.

Yag suka makan ulam tu boleh makan sekali dengan terung rebus. Berkesan juga dan tinggalkan sedikit pada akhir juadah untuk dikunyah sebagai penghilang bau. Kunyah sahaja macam makan “Chew Gum”, sekurang-kurangnya wajib seminit la. Orang cina suka goreng sambal petai dengan terung untuk mengurangkan bau busuk petai dan mulut.

Cara Hilangkan Bau Tandas

Satu lagi cara nak hilangkan bau busuk tandas disebabkan petai adalah, letakkan sebiji terung. Terpulang nak potong atau tidak. Korang boleh juga guna kulitnya sahaja dan letak atas lantai. Ia sangat berkesan mengurangkan bau busuk disebabkan makan petai. Memang ajaib! Cubalah dahulu ya!

Sumber : Bee Keng via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

tags: