Pastinya para ibu mempunyai periuk legend atau periuk kegemaran. Setiap kali masak pasti akan menggunakan periuk itu sahaja. Kalau tak guna periuk kegemaran tu rasa tak puas nak masak kan? Namun apabila sentiasa menggunakan periuk yang sama pastinya periuk tersebut mula berkerak dan hitam.
Nak hilangkan kerak dan hitam-hitam yang melekat pada periuk tu mudah sahaja sebenarnya. Hanya menggunakan dua bahan sahaja. Seperti mana yang dikongsikan oleh puan Zainun Mamat di group MAHN.
Dia menggunakan periuk sejak 22 tahun lalu, tapi tetap nampak berkilat macam periuk baru. Petuanya mudah sahaja. Dia menggunakan keluli besi dan juga sabun mandi. Jom kita cuba petua yang dikongsikan olehnya ini.
Salam semua. Hari ni bukan nak pos pasal masakan. Tapi nak share pasal petua.
Tiap-tiap hari masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak. Terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.
Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.
Caranya mudah je.
Rendam besi keluli dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan-tekan sikit. Biar jadi berbuih . Lepastu boleh ler sental periuk kita. Bilas dan cuci bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
Besi keluli juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.
Mudah sahaja kan nak kilatkan periuk ni. Hanya perlu ada berus keluli dan sabun mandi sahaja. Apa yang penting, kene rajin je. Jadi lepas ni sental je periuk yang mana berkerak tu dengan menggunakan petua yang dikongsikan oleh wanita ini. Pasti berpuas hati!
Sumber: Zainun Mamat Via MAHN