Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Makan Di Kedai Cepat Gemuk? Wanita Ini Kongsi Tips Makan Sihat Di Kedai Makan Berlauk Untuk Mereka Yang Ingin Kurus

Makan Di Kedai Cepat Gemuk? Wanita Ini Kongsi Tips Makan Sihat Di Kedai Makan Berlauk Untuk Mereka Yang Ingin Kurus

Kategori: ,
Makan Sihat Di Kedai Makan Berlauk

Memandangkan ramai sudah kembali bekerja di ofis, ramai yang tak sempat untuk memasak dan menyediakan bekal untuk makan tengah hari. Oleh itu, kedai makan berlauk sering menjadi pilihan dan sering dikunjungi oleh mereka yang sibuk dengan kerja.

Namun bagi mereka yang ingin kurus dan sedang mengamalkan gaya hidup yang sihat, mereka lebih rela memilih untuk lapar dari makan di kedai makan berlauk. Ini kerana pelbagai pilihan lauk yang enak boleh membuat si pemakan tidak dapat mengawal diri dan akhirnya diet yang dijaga selama ini hancur. Dari berlapar dan menyeksa diri, sebenarnya ada caranya untuk anda makan sihat di kedai makan berlauk.

Tips Makan Sihat Di Kedai Makan Berlauk Untuk Yang Ingin Kurus Dan Sedang Diet

Terbaharu, seorang wanita, coach.chacha, telah memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi tips bermanfaat untuk makan sihat di kedai makan berlauk. Sangat mudah dan tak perlu mengelak dari makan di sana, tipsnya sesuai diamalkan bagi mereka yang ingin sihat dan kurus.

Pertama kali, anda perlu memerhatikan dahulu lauk-lauk yang disediakan. Jangan terus diambil, ini supaya dapat melihat pilihan lauk yang sesuai dengan diet dan mengelakkan anda dari sentiasa menambah lauk di pinggan. Kemudian, ambil pinggan yang paling kecil supaya dapat mengawal saiz portion anda.  Makan Sihat Di Kedai Makan Berlauk Makan Sihat Di Kedai Makan Berlauk

Sebelum mencedok nasi, letak dahulu ulam-ulaman atau sayur pilihan anda. Pastikan mengambilnya dengan kuantiti yang banyak kerana sayur perlu lebih banyak dari yang lain. Selepas itu, anda boleh mengambil protein pilihan anda seperti ayam, ikan, telur, atau daging. Jika berat anda melebihi 80kg, anda boleh mengambil dua jenis protein. Makan Sihat Di Kedai Makan Berlauk Makan Sihat Di Kedai Makan Berlauk

Baru boleh letak nasi, pastikan kuantiti yang diambil adalah sama dengan saiz penumbuk tangan anda. Akhir sekali, pastikan anda makan secara perlahan-lahan bagi memudahkan penghadaman. Makan Sihat Di Kedai Makan Berlauk

@coach.chacha

Semua dah masuk office ye sekarang ni. Meh chacha share tips makan luar kat kedai berlauk. ❤️ #fyp #makansihat

♬ suara asli – Rizkan 001 🐓🐓 – I/A§

@coach.chacha Semua dah masuk office ye sekarang ni. Meh chacha share tips makan luar kat kedai berlauk. ❤️ #fyp #makansihat ♬ suara asli – Rizkan 001 🐓🐓 – story wa

Tips yang telah dikongsikan olehnya teramat mudah dan ringkas sahaja untuk anda cuba, kan? Dari mengikat perut dan berlapar pada waktu rehat, anda boleh amalkannya. Nak sihat itu penting tapi jangan lah terlalu menghadkan diri sendiri sehingga tidak makan.

Kredit: TikTok coach.chacha

Baca Juga: Simpan Telur Dalam Beras, Petua Telur Tahan Lebih Lama Dari Tarikh ‘Expired’

tags: | | |