Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tips Masak Kari Ayam Terlajak Sedap, Sekali Rasa Terbeliak Biji Mata!

Tips Masak Kari Ayam Terlajak Sedap, Sekali Rasa Terbeliak Biji Mata!

Kategori: ,,,
tips masak kari ayam

Kari Ayam merupakan antara hidangan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun hakikatnya kari ini bukanlah berasal dari tanah Melayu namun ramai dalam kalangan kita yang boleh menelan lauk ini.

Selain kari ayam, terdapat pelbagai jenis kari lagi sama ada kari daging, kari kambing dan juga kari ikan. Namun yang cukup popular semestinya kari ayam bukan? Sangat enak bila kari ini dimakan bersama-sama dengan nasi putih, pulut kuning atau pun roti canai.

Namun begitu, tidak ramai tahu cara yang betul untuk masak kari ayam ini. Ada yang sudah berkali-kali cuba menyediakannya namun rasanya kurang enak. Tidak seperti peniaga paling laris yang buatkan.

Nak masak kari ayam yang sedap dan menjadi? Jom kita ikuti perkongsian tips dari Iza Abu Bakar ini. Semoga kari yang anda sediakan menjadi sedap, sekali rasa boleh terbeliak biji mata tau. 

Tips masak kari ayam yang mudah dan sedap, sekali rasa terus jatuh cinta!

Semua orang boleh masak kari. Tapii mesti ada yang sedap, boleh tahan dan ok ok je.

Sebab nak masak ni kita kena ada juga ilmu dan teknik tertentu untuk sesuatu masakan tu menjadii dengan jayanya.

Haaa, jom Kak Za kongsikan tips atau petua bagaimana nak masak kari ayam terlajak sedap. In syaa ALLAH korang akan jadi pakar masak kari bak chef lima bintang. Hahaha.

  1. Sebenarnya yang palinggg pentinggg cara bersihkan ayam tu kena pastikan memang betul betul bersih. Jadii follow je langkah langkah di bawah ni.
  •  Campur ayam mentah yang dicuci dengan sedikit serbuk kunyit, garam dan asam jawa.
  •  Basuh banyak kali sampai bersih sampai hilang hanyir ayam tu.
  1. Teknik tumis rempah yang betul.
  •  Serbuk kari ‘O’ dicampurkan dengan serbuk cili dan serbuk kunyit yang digiling atau paling senang diblender bersama bawang, serai, cili merah masak, halia dan jintan manis.
  •  Tuang sedikit air panas dalam blender tersebut. Pasti rasa masakan kari akan lebih sedap dan meletop kebabom.
  •  Tumis sampai naik bau dan step yang seterusnya mesti korang dah expert kann. Jadii memasaklah seperti biasa. 

Semoga tips ini bermanfaat untuk korang atau penggemar kari tegar.

Cara Masak Kari Ayam Tanpa Perlu Kisar Rempah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil
  • 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  • 3-4 ulas bawang putih – dimayang
  • 1 cm halia – dimayang
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 paket kecil serbuk kari ayam
  • 1 paket kecil serbuk cili
  • 2 sudu teh cili boh
  • Garam kasar secukup rasa
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 kotak kecil air – sukat guna santan kotak
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • Sedikit gula – untuk melemakkan kari
  • 4 biji cili merah – belah 2

Cara-cara:

  1. Tuangkan minyak. Dah panas minyak kemudian masukkan 4sekawan, hirisan bawang merah bawang putih dan halia.
  2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.
  3. Diikuti rempah kari ayam/daging dan cili serbuk. ( Saya pakai jenama kari adabi dan serbuk cili babas ) Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul rata, tambah air sedikit.
  4. Masukkan garam halus/kasar ( Sy lebih suka pakai garam kasar ).
  5. Kemudian masukkan ayam. Siap cuci bersih ( Ayam sy tu 1ekor sedang ).
  6. Gaul rata kesemua bahan.
  7. Masukkan santan fresh atau santan kotak. Jika nak pakai kara mcm saya tuangkan air dalam kotak tu dua kali.
  8. Masukkan ubi kentang.
  9. Kemudian masukkan pes asam jawa ( Saya pakai pes asam jawa adabi extra ).
  10. Sedikit gula ( Tujuan utk melemakkan kari ).
  11. Campak cili merah belah tengah ( Sebagai hiasan ).
  12. Siap! Selamat mencuba.

Mudah sahaja kan nak masak kari ayam ini? Ikuti sahaja tips dan resepi di atas ini. Yang penting jangan derhaka tips atau resepinya ya. Barulah masakan anda sedap dan menjadi. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba ya!

Kredit: Iza Abu Bakar & Nurul Jannah Zakariar

Baca juga: Tips & Cara Masak Maggi Kari Yang Creamy, Rasanya Lain Dari Yang Lain. Sungguh Sedap!

 

tags: | | |