Kuey Teow merupakan makanan yang sangat popular di Malaysia dan negara Singapura. Kuey Teow ini juga turut dikenali sebagai mi Cina yang diperbuat daripada beras dan berbentuk leper.
Selain dimakan dengan kuah sup dan dibuat Char Kuey Teow, mi Cina ini juga sering dihidangkan secara bergoreng. Malah ramai dalam kalangan kita yang sangat menggemari Kuey Teow goreng ini. Dalam sehari tidak lengkap rasanya jika tidak pekena Kuey Teow goreng yang sedap dan enak.
Namun apa yang menjadi masalah saat menggoreng mi Cina ini adalah apabila rasanya lembik dan melekat. Kuey Teow goreng yang betul-betul menjadi memiliki tekstur yang tidak hancur, kembang atau pun lembik. Apabila dimakan rasanya pun tidak muak.
Jika ada dalam kalangan anda yang sedang berhadapan dengan masalah seperti di atas, ikuti sahaja tips yang dikongsi oleh Daten Gweng menerusi group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Terima kasih atas tips tips masak kuew teow. Ahli Group MAHN memang tak lokek dengan resepi & tips. Ini pertama kali saya yang manis ini memasak kuew teow goreng. Ini tips tips yang saya dapat
Terima kasih semua ya. Memang sedap yang amat saya rasa. Lepas ni jadi menu untuk tamu.
Tak cukup lagi tips di atas? Jom kita ikuti pula tips yang lebih terperinci dari Yurni Emilia ini. Pasti sempurna Kuey Teow goreng anda selepas ini.
1. Paling penting, kuetiau tidak serasi dengan air. Jadi, apa yang perlu anda lakukan?
3. Jika anda mahu stail ala Penang, boleh letak sedikit minyak bijan. Letak sedikit sahaja kerana minyak bijan berbau kuat.
4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos cili/tomato.
5. Tambah air jika anda nak masak char kuetiau banjir.
6. Jika nak tambah telur, pastikan telur digoreng kering sedikit sebelum digaulkan atau dikacau dengan char kuetiau yang sedang digoreng.
Mudah sahaja kan nak masak Kuey Teow goreng yang sedap dan tak muak? Ikuti sahaja tips di atas ini. Yang penting, jangan derhaka tips atau resepi ya. Barulah hidangan yang dimasak sedap dan menyelerakan!
Semoga bermanfaat & selamat mencuba!
Kredit: Daten Gweng & Yurni Emilia