Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Tips Masak Kuey Teow Goreng Tak Lembik & Melekat, Barulah Tak Muak Dan Sedap!

Cik Lawa by Cik Lawa
Mac 6, 2023
in Info, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
tips masak kuey teow goreng
0
SHARES
2.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuey Teow merupakan makanan yang sangat popular di Malaysia dan negara Singapura. Kuey Teow ini juga turut dikenali sebagai mi Cina yang diperbuat daripada beras dan berbentuk leper.

BacaJuga

PROMOTE BISNES

“Camni Pulak Dia Buat?” – Cara Lelaki Ini Promote Bisnes Char Kuey Teow Buat Orang Ramai Risau

Disember 5, 2022
6
Pemilik Restoran Konsep Klasik

Terpaksa Jual Char Kuey Teow RM5 Sahaja, Pemilik Restoran Konsep Klasik Kecewa Tiada Pelanggan

November 7, 2022
8

Selain dimakan dengan kuah sup dan dibuat Char Kuey Teow, mi Cina ini juga sering dihidangkan secara bergoreng. Malah ramai dalam kalangan kita yang sangat menggemari Kuey Teow goreng ini. Dalam sehari tidak lengkap rasanya jika tidak pekena Kuey Teow goreng yang sedap dan enak.

Namun apa yang menjadi masalah saat menggoreng mi Cina ini adalah apabila rasanya lembik dan melekat. Kuey Teow goreng yang betul-betul menjadi memiliki tekstur yang tidak hancur, kembang atau pun lembik. Apabila dimakan rasanya pun tidak muak.

Jika ada dalam kalangan anda yang sedang berhadapan dengan masalah seperti di atas, ikuti sahaja tips yang dikongsi oleh Daten Gweng menerusi group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). 

Cara Betul Masak Kuey Teow Goreng Supaya Tak Melekat, Lembik Dan Hancur

Terima kasih atas tips tips masak kuew teow. Ahli Group MAHN memang tak lokek dengan resepi & tips. Ini pertama kali saya yang manis ini memasak kuew teow goreng. Ini tips tips yang saya dapat

  1. Kuew Teow kena bagi selai selai..jangan melekat. Orang Teganung kata kena Peghela. Maksudnya make sure selai selai.
  2. Gaul dengan lembut. Very Gentle.
  3. Jangan letak air nanti lembek.
  4. Jangan masak terlalu lama nanti hancur.
  5. Daun kucai segenggam & taugeh segenggam untuk sebungkus.
  6. Sebungkus untuk 3 orang makan.
  7. Resepi simple.Bawang putih 3 ulas , bawang Merah 1 ulas (ada yang letak, saya letak), cili kisar, tomato sos, kicap manis, sos tiram, sedikit lada sulah, gula, saya letak kiub bilis, ayam & udang, fishcake.

Terima kasih semua ya. Memang sedap yang amat saya rasa. Lepas ni jadi menu untuk tamu.

Tips yang lebih terperinci dan jelas :-

Tak cukup lagi tips di atas? Jom kita ikuti pula tips yang lebih terperinci dari Yurni Emilia ini. Pasti sempurna Kuey Teow goreng anda selepas ini.

1. Paling penting, kuetiau tidak serasi dengan air. Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

  • Jangan basuh terlalu lama. Bila basuh, pastikan ia ditos kering cepat-cepat.
  • Basuh guna air paip sahaja. Bukan air panas.
  • Membasuh kuetiau adalah pilihan, ada yang basuh dan ada juga yang tidak. Jika anda basuh, leraikan juga kuetiau satu persatu supaya tidak melekat.
2. Bila menggoreng kuetiau, letak minyak lebih sedikit.

3. Jika anda mahu stail ala Penang, boleh letak sedikit minyak bijan. Letak sedikit sahaja kerana minyak bijan berbau kuat.

4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos cili/tomato.

5. Tambah air jika anda nak masak char kuetiau banjir.

6. Jika nak tambah telur, pastikan telur digoreng kering sedikit sebelum digaulkan atau dikacau dengan char kuetiau yang sedang digoreng.

Mudah sahaja kan nak masak Kuey Teow goreng yang sedap dan tak muak? Ikuti sahaja tips di atas ini. Yang penting, jangan derhaka tips atau resepi ya. Barulah hidangan yang dimasak sedap dan menyelerakan!

Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

Kredit: Daten Gweng & Yurni Emilia

Download WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Free Download WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
free online course
download intex firmware
Tags: Char Kuey TeowKuey Teowkuey teow goreng
ShareTweetSend

Related Posts

rahsia petua laksa pekat
Info

Rahsia Petua Laksa Pekat Sedap Dari Peniaga, Ikut 5 Langkah Ni Pasti Auto Terciduk Bila Makan

Mac 21, 2023
200
Rojak Mak Bee
Berita

Pengusaha Rojak Mak Bee Rupanya Emak Kepada CEO Malaysia Airlines, Kisahnya Jadi Inspirasi Ramai!

Mac 20, 2023
257
Me'nate Steak Hub
Berita

Jom Meriahkan Iftar Anda Dengan Menikmati Momen Di Me’nate Steak Hub, Sajian 4 Menu Hidangan Iftar Platter Yang Istimewa Diperkenalkan Sempena Ramadan!

Mac 20, 2023
60
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist