Nasi goreng merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara. Pelbagai jenis nasi goreng yang ada dan digemari ramai. Antaranya adalah nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng daging dan pelbagai macam lagi.
Kebiasaannya, apabila nasi putih yang dimasak tidak habis kita akan menjadikannya nasi goreng kan? Pasti akan lebih berselera apabila ia dijadikan nasi goreng. Malah lebih berselera lagi apabila banyak lauk pauk atau sayuran yang dimasukkan.
Namun begitu, ramai dalam kalangan kita yang sering mengeluh gara-gara nasi goreng yang dimasak cepat basi. Kalau waktu pagi goreng, tak sampai tengahari sudah berbau pelik dan berair. Nak kata disebabkan nasi, tidak mungkin juga.
Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa ada orang yang masak nasi goreng dan nasi tersebut masih lagi sedap dan elok. Walaupun dah petang, masih tidak berbau dan basi lagi. Mungkin korang boleh rujuk perkongsian dari Zarra Alola di bawah ini.
Dulu kalau aku buat nasi goreng memang selalu sangat cepat basi. Kadang kita buat banyak, sebab nasi belen banyak tapi nasi yang digoreng tak sampai ke petang, basi.
Sejak aku ikut tips arwah Nawarah Abdullah, Alhamdulillah nasi goreng aku tak pernah lagi basi. Tips dia mudah je, simple sangat. Goreng nasi mesti dengan api yang paling besar, nanti nasi akan elok kering dan cukup masak.
Nak-nak lagi kalau guna bahan yang di blender, kalau tak cukup kering memang sekejap je tahan nasi goreng tu. Goreng mee atau bihun pun sama. Cuma untuk bihun kalau nak tau dia dah cukup masak, kalau dah berasap-asap macam nak terbakar dapur tu, haaa dah masak la tu.
Aku panjangkan je lah tips arwah Nawarah Abdullah ni. Moga ada sedikit pahala buat beliau.
Tips dah ada tapi tak tahu nak masak nasi goreng apa? Jom ikuti resepi nasi goreng tomyam kaw di bawah ini. Pasti puas hati punya.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
Semoga bermanfaat & selamat mencuba!
Kredit: Zarra Alola & Wan Luqman