Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Wanita Ini Kongsi Tips Masak Nasi Goreng Supaya Tak Cepat Basi, Sampai Ke Petang Masih Lagi Elok & Sedap!

Cik Lawa by Cik Lawa
Februari 9, 2023
in Info, Resepi, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
tips masak nasi goreng
0
SHARES
302
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Nasi goreng merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara. Pelbagai jenis nasi goreng yang ada dan digemari ramai. Antaranya adalah nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng daging dan pelbagai macam lagi.

BacaJuga

Doktor Ini Kongsi Cara Buat Nasi Goreng Chili Flakes, Tak Perlu Banyak Bahan Pun Tetap Sedap!

Doktor Ini Kongsi Cara Buat Nasi Goreng Chili Flakes, Tak Perlu Banyak Bahan Pun Tetap Sedap!

Mac 16, 2023
147
nasi goreng biasa

Resepi Nasi Goreng Biasa Ala Thai Padu, Chef Kongsi Rahsia Sebenar Dalam Masakan!

Mac 15, 2023
854

Kebiasaannya, apabila nasi putih yang dimasak tidak habis kita akan menjadikannya nasi goreng kan? Pasti akan lebih berselera apabila ia dijadikan nasi goreng. Malah lebih berselera lagi apabila banyak lauk pauk atau sayuran yang dimasukkan.

Namun begitu, ramai dalam kalangan kita yang sering mengeluh gara-gara nasi goreng yang dimasak cepat basi. Kalau waktu pagi goreng, tak sampai tengahari sudah berbau pelik dan berair. Nak kata disebabkan nasi, tidak mungkin juga.

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa ada orang yang masak nasi goreng dan nasi tersebut masih lagi sedap dan elok. Walaupun dah petang, masih tidak berbau dan basi lagi. Mungkin korang boleh rujuk perkongsian dari Zarra Alola di bawah ini. 

Tips Masak Nasi Goreng Supaya Tak Cepat Basi & Tahan Lama

Dulu kalau aku buat nasi goreng memang selalu sangat cepat basi. Kadang kita buat banyak, sebab nasi belen banyak tapi nasi yang digoreng tak sampai ke petang, basi.

Sejak aku ikut tips arwah Nawarah Abdullah, Alhamdulillah nasi goreng aku tak pernah lagi basi. Tips dia mudah je, simple sangat. Goreng nasi mesti dengan api yang paling besar, nanti nasi akan elok kering dan cukup masak.

Nak-nak lagi kalau guna bahan yang di blender, kalau tak cukup kering memang sekejap je tahan nasi goreng tu. Goreng mee atau bihun pun sama. Cuma untuk bihun kalau nak tau dia dah cukup masak, kalau dah berasap-asap macam nak terbakar dapur tu, haaa dah masak la tu. 

Aku panjangkan je lah tips arwah Nawarah Abdullah ni. Moga ada sedikit pahala buat beliau.

Tips dah ada tapi tak tahu nak masak nasi goreng apa? Jom ikuti resepi nasi goreng tomyam kaw di bawah ini. Pasti puas hati punya.

Cara buat nasi goreng tomyam kaw yang padu

Bahan-bahan:

  • Udang & sotong sebagai rencah
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb tomyam pes
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji telur saiz a
  • 2 sb nampla
  • 1 batang serai dihiris
  • 3-4 biji cili padi
  • Beberapa helai daun limau

Cara Penyediaan: 

  1. Mula-mula tumis bawang putih (diketuk ) dengan hirisan serai.
  2. Sebelum bawang dan halia terlalu garing, masukkan rencah pilihan.
  3. Pecahkan sebiji telur.
  4. Kacau bagi sedikit hancur telur tu tapi jangan sampai terlalu masak ye.
  5. Sebelum telur tu terlalu masak, masukkan nasi (portion untuk 2-3 orang). Gaul sebati.
  6. Masukkan hirisan daun limau purut dan hirisan cili padi.
  7. Masukkan nampla, sos cili dan masukkan tomyam pes. Guna apa-apa pes pun boleh.
  8. Kemudian masukkan sayur. Ikutlah sayur apa pun, kubis ke kailan ke.
  9. Masukkan 2 sb kicap cair untuk bagi masin dan coloring. Lepas tu masukkan sedikit gula jika perlu.
  10. Masukkan chili flakes sesuka hati anda dan siap.
  11. Siap untuk dihidangkan.

Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

Kredit: Zarra Alola & Wan Luqman

 

4.5/5 (2 Reviews)
Download Premium WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
free online course
download micromax firmware
Tags: nasinasi goreng
ShareTweetSend

Related Posts

cocktail rasa mantap macam dekat kedai
Masak Apa Hari Ini?

Nak Buat Mocktail Rasa Mantap Macam Dekat Kedai? Rupanya Kena Campur 2 Bahan Ni Barulah Rasa Wow!

Mac 22, 2023
576
gulai kacang
Masak Apa Hari Ini?

Gulai Kacang Letak Hati & Pedal Ayam Buat Ramai Terliur, Ini Resipi Menarik Serta Unik Patut Korang Cuba Untuk Puasa & Raya Kali Ni!

Mac 22, 2023
66
daging goreng tumbuk
Masak Apa Hari Ini?

Cara Buat Daging Goreng Tumbuk, Makan Dengan Nasi Panas Atau Buat Nasi Goreng Pun Sedap!

Mac 22, 2023
137
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist