Jika nasi putih yang dimasak tidak habis pada hari yang sama, biasanya kita akan simpan untuk buat nasi goreng bagi mengelakkan ia daripada membazir. Ia adalah teknik dan cara yang paling senang dilakukan. Dan kita akan menyimpan lebihan nasi dalam peti ais kan?
Tahukah anda bahawa hal itu bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran, tetapi dengan menyimpan nasi ke dalam peti sebelum digoreng dapat merendahkan gula dan membuat tekstur nasi menjadi lebih cantik.
Seperti perkongsian Faeez Harith melalui laman Twitternya, ciapannya menceritakan tentang perkongsiannya mengenai tips memasak nasi goreng yang diamalkannya sebelum ini dan ia mendapat perhatian orang ramai sehingga 2 ribu lebih ulang ciap. Jom kita rujuk bersama!
Berdasarkan komen netizen, ramai juga yang meniru tips masak nasi goreng ini dan hasilnya nasi yang dimasak lebih cantik. bila nasi menjadi sebutir-sebutir, tak mudah hancur dan patah bila digoreng.
Dalam hal yang sama, simpan nasi dalam peti ais boleh merendahkan kandungan glucose/gula dalam badan bila makan, Ini kerana kanji itu sudah terurai.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Sumber: Faeez Harith
Baca juga: Kisar 2 Bahan Rahsia Ini, Confirm Kuah Sup Tulang Jadi Pekat Melikat Dan Sedap! Cubalah!