Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Masak Nasi Minyak Agar Nasi Yang Disediakan Gebu, Lembut & Sangat Sedap! 

Tips Masak Nasi Minyak Agar Nasi Yang Disediakan Gebu, Lembut & Sangat Sedap! 

Kategori: ,
tips masak nasi minyak

Nasi Minyak merupakan antara nasi yang popular dan sering disediakan sewaktu majlis perkahwinan. Malah rata-rata daripada kita juga akan menyebut nasi minyak apabila menyakat kawan yang belum berkahwin. Nasi ini jauh berbeza dengan nasi putih biasa kerana ianya mempunyai bahannya tersendiri. Nasi ini dimasak dengan minyak sapi dan beberapa lagi bahan rempah yang lain.

Menurut beberapa sumber, nasi ini berasal dari Palembang, Indonesia dan sering tersedia pada hari perayaan memandangkan ia adalah hidangan tradisional mereka. Walapun begitu, lain pula di Malaysia. Lebih-lebih lagi di negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan kerana kebiasaanya nasi minyak ini dijadikan sebagai sarapan pagi.

Berkenaan dengan nasi minyak ini, pasti ada dalam kalangan anda yang sering gagal dalam penyediannya. Kalau tengok orang buat atau beli dari kedai, sedap lain macam je. Rasanya pun lembut dan gebu. Nak tahu tips masak nasi minyak supaya gebu dan sedap? Jom kita ikuti tips dari Hayati Sham di bawah ini.

Cara Masak Nasi Minyak Supaya Sedap & Menjadi!

Salam semua.. Saya nak share tips masak nasi minyak atau apa-apa nasi yang berperisa yang gebu, lembut dan sedap. 

Caranya lepas tumis semua bahan tumisan. Letakkan susu dan air rebusan bagai. Kita rebus hingga mendidih baru kita masukkan beras basmathi yang telah direndam, dibasuh dan toskan. Dalam 10 ke 15 minit, nasi siap dan hasilnya sangat gebu dan lembut. Cubalah.

Mudah dan berguna kan tips masak nasi minyak yang dikongsikan oleh wanita ini. Kalau anda semua ikut panduan ini, pasti anda tidak akan gagal lagi. Kalau sekali masak menjadi, pasti selepas ni nak buat selalu. Anak-anak dan suami pun suka. Bukan setakat isteri atau mak orang yang boleh amalkan tips ini namun para lelaki atau perempuan bujang pun boleh mencuba tips ini.

Semoga tips yang dikongsikan oleh Hayati ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Walaupun sedikit atau kecil perkongsian ini namun diharapkan anda dapat lakukan atau sediakan masakan yang terbaik untuk orang tersayang.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Hayati Sham Via MAHN

Baca juga: Tukang Masak Ini Kongsi Ilmu Pengasih & Rahsia Besar Masak Nasi. Barulah Nasi Sedap & Cantik 

tags: |