Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tips & Resepi Masak Sambal Bilis Pekat Likat, Bila Pekat Nasi Lemak Terasa Lebih Sedap!

Tips & Resepi Masak Sambal Bilis Pekat Likat, Bila Pekat Nasi Lemak Terasa Lebih Sedap!

Kategori:
resepi sambal bilis

Rupa-rupanya yang menjadikan nasi lemak lebih sedap dan enak adalah bukan nasinya semata-mata. Sambalnya merupakan salah satu elemen penting bagi menjadikan nasi lemak yang dimasak lebih sedap dan menyelerakan. Kebiasaannya yang ramai buat nasi lebih sedap adalah orang zaman dahulu dan orang-orang lama.

Nak masak sambal nasi lemak ini tidak kiralah sambal bilis, sambal sotong atau pun sambal udang. Kesemua sambal ini ada tips dan tekniknya yang tersendiri tau. Berkenaan dengan sambal bilis ini, Ben Safwan sempat berkongsi resepi dan tips bagi menghasilkan sambal bilis yang yang pekat dan sedap.

Resepi & Tips Masak Sambal Bilis, Lebih Pekat Lebih Sedap

Bahan-bahan:

  • 4 biji bawang merah besar saiz bola ping pong
  • 2 ulas bawang putih besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 sudu makan belacan
  • 1 kerek gula melaka/gula kabung
  • 1 1/2 senduk ikan bilis
  • 2 sdm walnut – dikisar
  • 4 senduk cili kisar
  • Hirisan petai (kalau suka)
  • 2 sdm sos cili
  • 1 sdm sos ikan
  • 1/2 sdm air asam jawa (dicampurkan dengan 4 sdm air)

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua dengan air minima/guna minyak.
  2. Masukkan mainyak dan bila panas, letak daun pandan. Goreng dulu daun pandan supaya minyak gorengan jadi wangi.
  3. Kemudian tuangkan bahan kisar ke dalam kuali. Tumiskan sampai pecah minyak dengan api sederhana kecil. Tak pecah minyak jangan teruskan next step.
  4. Apabila bahan kisar dah masak, masukkan 1 kerek gula melaka. Nak guna gula kabung pun boleh.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis dan walnut. Kisar halus dan masukkan dalam kuali.
  6. Biarkan dia mencair dulu baru masukkan cili kisar.
  7. Setelah itu biarkan dia selama 30 minit supaya pecah minyak. Kacau setiap 2 hingga 3 minit. Api kecilkan lagi.
  8. Dah semakin pecah minyak, tambah masuk hirisan kecil petai. Kemudian tuangkan sos cili, sos ikan, air asam jawa. 
  9. Masak lagi 20 minit biar rasa petai masuk.
  10. Kemudian baru tambah ikan bilis garing. Untuk gelapkan warna sambal, boleh masukkan kicap pekat serta kicap manis. 
  11. Sesuaikan rasa dan biarkan mereneh dengan api paling kecil.
  12. Apabila tutup api, minyak naik atas. Boleh ambil tisu makan dan keluarkan minyak lebihan ikut tahap yang dimahukan.
  13. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan cara buat Sambal Bilis yang sedap dan pekat likat ini? Pastikan semua bahan-bahan yang diperlukan atau bahan utama ada ya. Barulah lengkap rasanya. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula memasak sekarang.

Selamat mencuba!

Kredit: Ben Safwan 

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Yang Super Marvelous, Anak-Anak Pun Selera Makan!

tags: | |