Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Tips Masak Sotong Supaya Tak Kecut, Guna 3 Bahan Saja Sotong Kekal Gemuk & Lembut

Wanita Ini Kongsi Tips Masak Sotong Supaya Tak Kecut, Guna 3 Bahan Saja Sotong Kekal Gemuk & Lembut

Kategori:
Tips Masak Sotong Supaya Tak Kecut

Lauk sotong tentu menjadi kesukaan ramai, kan? Terutamanya bagi penggemar makanan laut. Tambahan pula, ia sedap dimasak dalam pelbagai jenis resepi seperti masak merah, kari, kerabu dan sebagainya.

Namun, ramai yang tak rajin untuk menyediakannya kerana putus angin selepas melihat sotong yang elok gemuk dibeli dari pasar terus menjadi kecut selepas dimasak.

Jangan risau, di sini kami ingin berkongsi tips masak sotong supaya tak kecut, kekal gemuk dan puas hati untuk dimakan. Cara ini telah dikongsikan oleh mahsurimy menerusi sebuah video yang telah dimuat naik olehnya di laman TikTok. Ayuh terus membaca untuk ketahui caranya.

Wanita Ini Kongsi Tips Masak Sotong Supaya Tak Kecut, Guna 3 Bahan Saja Sotong Kekal Gemuk & Lembut

Bahan-bahan

  • Sotong segar
  • Air
  • Asam keping – dapatkan di sini

Cara-caranya

  1. Masukkan sotong dalam kuali. Tips Masak Sotong Supaya Tak Kecut
  2. Letakkan sedikit air. Tips Masak Sotong Supaya Tak Kecut
  3. Kemudian, tambahkan asam keping dan rebus sehingga sotong kelihatan kembang. Tips Masak Sotong Supaya Tak Kecut Tips Masak Sotong Supaya Tak Kecut
  4. Tutup api dan angkat sotong dari kuali. Tips Masak Sotong Supaya Tak Kecut
  5. Sotong sedia untuk digunakan dalam pelbagai jenis resepi. Tips Masak Sotong Supaya Tak Kecut

Untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh tonton video yang telah dikongsikannya di bawah.

@mahsurimy

Letak sikiiitt je air tau. Sebab nanti air sotong tu keluar. Nanti air sotong tu boleh masuk dalam masakan. Nanti Mahsuri share resepi #sambalsotong OK ! #LebihSenangLebihSayang #TipsDapur

♬ bunyi asal – Capten Muzhafar – Capten Muzhafar

@mahsurimy Letak sikiiitt je air tau. Sebab nanti air sotong tu keluar. Nanti air sotong tu boleh masuk dalam masakan. Nanti Mahsuri share resepi #sambalsotong OK ! #LebihSenangLebihSayang #TipsDapur ♬ bunyi asal – Capten Muzhafar

Mudah sangat untuk kekalkan sotong gemuk dan kembang seperti yang dibeli, kan? Lain kali sebelum memasaknya, anda boleh lah cuba resepi ini. Ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan langsung.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan tips ini pada semua.

Kredit: mahsurimy

Baca Juga: Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

tags: | | |