Ikan mayong merupakan salah satu lauk pauk yang menghasilkan sumber protien yang bagus untuk manusia. Kebiasaannya ikan ini sering dibuat ikan masin. Menurut beberapa sumber lain pula, ikan mayong ini adalah ikan kebanggaan orang Muar.
Sewaktu ketika dahulu, mana-mana wanita yang ingin berkahwin dengan jejaka Muar, mereka haruslah melepasi ujian memasak ikan ini dengan mentua. Kebiasaan mereka akan membuat asam pedas menggunakan ikan ini.
Namun lain pula dengan orang Utara kerana kebanyakan daripada mereka akan membuat ikan mayong masak kari. Biasalah, setiap negeri dan negara pasti mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Tidak kira la sama ada dari segi budaya, gaya hidup mahu pun masakan.
Berbalik kepada ikan mayong tadi, selain daripada isinya, telur ikan ini juga sangat berguna. Malah ramai yang mengatakan telur ikan mayong ini sangat sedap dan begitu menyelerakan. Teringin nak makan? Tapi tak tahu macam mana cara nak masak telur ikan mayong ini? Jom kita ikuti perkongsian tips dan cara memasak dari Norlaila Dlaila.
Masak dulu kuah nya sampai mendidih. Telur tu rendam air. Bila kuah dah mendidih tapis telur masukkan dalam kuah.
Kacau perlahan-lahan tunggu sampai kuah mendidih sekali lagi. Dah mendidih terus tutup api. Kalau cara masak macam ni, tak overcooked. Telur Mayong lebih sedap kalau dimakan separuh masak.
Kalau suka makan telur yang betul-betul masak boleh lah dikukus terlebih dahulu sampai masak. Baru dimasukkan ke dalam kuah.
Biasa nya telur yang betul-betul fresh susah sikit nak pecah. Kalau pecah pun masih boleh makan lagi cuma kuah nya hilang je. Telur yang fresh warna nya oren.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Nota: Pasti akan ada yang tertanya-tanya kenapa telur tersebut perlu direndam dahulu dengan air panas. Penyebabnya adalah kalau kuah kari atau kuah gulai tak sempat masak, telur dah habis pecah. Kalau telur pecah, kuah akan jadi pekat dan tidak sedap.
Jadi tunggu apa lagi tu? Sudah ada cara dan tips penting ini. Jom la buat sekarang, mudah sahaja kan nak masak telur ikan mayong ini? Siapa yang boleh masak masakan ini boleh lah berkahwin dengan jejaka Muar.
Semoga bermanfaat & selamat mencuba ya!
Kredit: Norlaila Dlaila & penbiru.com
Baca juga: Ini Tips Masak Sambal Sotong Petai Supaya Sotong Tetap Pejal, Tak Kecut & Tak Berair