Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Review » Viral Netizen » First Time Nak Try Air Boost? Ini Tip Order Minuman Boost & Menu Yang Anda Patut Cuba

First Time Nak Try Air Boost? Ini Tip Order Minuman Boost & Menu Yang Anda Patut Cuba

Kategori: ,

Dihasilkan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar, jus dan smoothie dari Boost kekal jadi pilihan bagi yang ingin nikmati minuman yang lebih sihat.

Namun, bagi yang pertama kali nak cuba, mungkin bakal timbul rasa kurang pasti dengan jenis menu yang ditawarkan.

Mana taknya, ada 20 jenis sayur dan buah-buahan yang boleh diolah jadi minuman menyegarkan tekak! Itu belum termasuk ramuan Boost yang mungkin pertama kali anda dengar macam Booster dan Sorbet.

Bagi membantu anda pesan minuman Boost yang tepat dengan citarasa anda, jom kita baca perkongsian daripada @l0unzl di Twitter.

Tips dan Cara Order Minuman Boost Macam Pro, Sedap dan Segar Lain Macam!

Pilihan Saiz Minuman

Di Boost, terdapat 3 saiz minuman yang ditawarkan iaitu :

  • Kids (paling kecil) – 250 ml
  • Medium – 450 ml
  • Original (paling besar) – 550 ml

Perbezaan harga antara Medium dan Original hanyalah RM 1. Jadi, memang rugi kalau tak beli yang besar terus, lebih berbaloi!

Minuman Boost

Pilih Jenis Minuman

Boost juga menawarkan beberapa jenis minuman bergantung kepada citarasa. Jom kita tengok maksud bagi setiap minuman :

Juiced

Diperbuat daripada buah-buahan segar, tiada gula dan air tambahan. Hanya jus asli semata-mata.

Anda boleh pilih sehingga maksimum 5 jenis buah untuk customize juice sendiri. Untuk tambah pilihan buah, anda hanya perlu tambah RM 1 sahaja.

Booster Tu Apa?

Booster pula adalah serbuk supplemen yang boleh ditambah dalam minuman. Tapi, wanita mengandung dan kanak-kanak tak disarankan untuk ambil Booster. Anda boleh request supaya tak diletakkan Booster dalam minuman yang dipesan.

Kalau nak tengok buah apa yang ada dekat Boost, boleh tengok di bawah.

Di bawah pula merupakan menu Juice yang ditawarkan di Boost.

Bagi yang pertama kali nak pesan Juice dari Boost, anda bolehlah pesan salah satu menu paling laris di bawah :

  • 5 A Day
  • Lean & Green  – sesuai untuk yang sedang berdiet.
  • Wild Berry Juice / Energiser Juice – sesuai untuk yang sukakan masam

Smoothie

Smoothie pula mengandungi yogurt. Di Boost terdapat dua jenis yogurt yang digunakan sebagai ramuan iaitu yogurt vanilla dan yogurt strawberi.

Anda juga boleh tukarkan buah-buahan yang ada dalam minuman secara percuma.

Contohnya, dalam Mango Magic, anda boleh tukarkan ramuan buah pisang kepada strawberi.

Bagi yang nak mencuba Smoothie dari Boost, apa kata anda pesan menu yang ramai recommend seperti di bawah :

  • Berry Bang
  • Soraya’s Favourite
  • Cookies&Cream

Minuman Boost

Protein & Energy

Protein & Energy juga adalah minuman smoothies, cuma bezanya ia mengandungi Booster. Memang sesuai untuk orang yang sedang giat bersenam atau ingin turunkan berat badan.

Disebabkan kadar kalorinya yang agak tinggi, orang biasanya minum ini sebagai pengganti makanan kerana minuman ini juga akan buatkan anda rasa cepat kenyang.

Antara menu Protein & Energy yang popular adalah :

  • Strawbrekkie Protein – sedap dan mengandungi oat.
  • Protein Supreme
  •  Brekkie To Go-Go
  • Superfruit / Skinny Dip – untuk penggemar rasa beri campuran.

Crushed

Minuman Crushed pula sesuai untuk yang gemarkan minuman segar dan bebas tenusu. Dalam erti kata lain, ia seperti ice blended.

Antara minuman Crushed yang ramai orang recommend adalah :

  • Watermelon Lychee Crush
  • Berry Crush
  • Mango Lychee / Mango Tango – sesuai untuk yang sukakan minuman masam.

Calorie Counters

Akhir sekali, minuman yang anda boleh cuba dari Boost ialah Blended Drinks yang bebas gula, yogurt dan sorbet.

Namun, rasa minuman ini mungkin tak kena pada tekak sesetengah pelanggan kerana rasanya dikatakan agak tawar dan plain.  Ramai juga yang kata Calorie Counters ni lebih sesuai untuk yang sedang berdiet.

Tapi, anda boleh customize minuman ini dan buatkannya lebih sedap dengan menambah sorbet (pencuci mulut yang diperbuat daripada jus buah segar) atau yogurt.

Minuman Boost

Macam-macam rupanya minuman yang ada di Boost. Yang paling best,  anda boleh customize minuman ikut citarasa anda.

Kalau nak kurangkan rasa masam pada minuman yang dipesan, anda boleh tambahkan sorbet.

Bukan itu saja, anda juga boleh ubahsuai minuman dengan menukar atau tambah buah-buahan ikut citarasa. Ada yang boleh tukar secara percuma, ada yang kena caj tambahan. Jangan malu untuk bertanya pada pekerja Boost, ya!

Muat Turun Aplikasi Boost

Anda juga boleh muat turun aplikasi Boost untuk lihat beberapa cadangan add-on yang ditawarkan bagi setiap minuman. Siap ada harga lagi.

Kalau nak lagi senang, boleh pesan terus di aplikasi dan pilih cawangan yang terdekat untuk anda pick-up minuman Boost kegemaran anda. Senang sangat!

Anda juga berpeluang untuk nikmati ganjaran dari Boost sempena Hari Jadi tau! Rugi kalau tak download!

Minuman Boost

Bagi yang sedang mencari minuman alternatif yang lebih sihat dan dijamin sedap, cubalah pesan minuman Boost! Lebih segar dan kaya dengan kebaikan buah-buahan dan sayuran. Rugi tak cuba!

Sumber : @l0unzl

tags: