Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Tips Pecahkan Telur Dalam Masakan Supaya ‘Terletak’ Elok, Buih-Buih Putih Pun Tiada!

Tips Pecahkan Telur Dalam Masakan Supaya ‘Terletak’ Elok, Buih-Buih Putih Pun Tiada!

Kategori:
tips pecahkan telur

Telur merupakan antara lauk atau bahan yang wajib ada di dapur. Setiap makanan atau hidangan kebanyakannya akan menggunakan telur sebagai penambah kesedapan. Tidak kiralah sama ada makanan bergoreng seperti mihun goreng atau nasi goreng mahupun makanan bersup atau berkuah.

Namun jika dimasukkan ke dalam sup, apa yang setiap wanita dambakan adalah telur tersebut terletak elok. Bulat cantik je dan tak hancur apalagi berbuih. Pelbagai cara yang telah dibuat, namun tetap juga tak menjadi seperti yang diinginkan.

Tengok dekat kedai atau orang lain buat cantik elok je. Apabila tiba giliran kita memang out. Seperti mana yang dikongsikan oleh Nabilah Chot dilaman facebook, dimana dia selalu gagal pecahkan telur dalam masakan dan meminta tips dari ahli group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni.

Tips pecah telur yang dikongsi oleh ahli group MATJHN

  1. Bila kuah dah mendidih tutup api dulu dan masuk kan telor dan tutup periuk , selepas 5 minit buka semula dan telor akan keras cantik , kalau tak nak tutup api kena api yg sangat kecil dan tutup pun kejadian telor tu akan keras cantik..dan jangan gaul biar kan aje. – Kekanda Adinda

  2. Tutup api, pecahkan telur dan tutup periuk.. Biar di bergedik2 dlm periuk tu.. Tgn jgn gatal2 kacau – Rohaiza Abd Manan

  3. Klu nk telur tu cantik bulat.. Kena masak asingkn dgn sup.. Rebus air masukkm cuka sikit.. Dh mendidik pecahkn telur sebiji2.. Pastu angkat.. Buatla nk masak telur berapa biji… Pastu baru masakkn sup sayur utk telur.. Dah masak baru masukkn telur yg di masak dgn cuka tadi – Amir Salhah

  4. Selepas masukkan telur dalam sup, tutup periuk selama seminit. Kita kasi stim telur tu agar yg atasnya masak sikit –Niita Rhm

  5. Dah boil ( masak smua nya) alih kan utk bg ruang telur … Pecah kan dan biar .. nnti dia akan masak … Tangan jangan lupa ikat .. nnti msti trasa nk usik2 kan … Ikat ketat2 … Tggu smpi jadi mcm dlm gmbar – Lion Kimp

  6. Saya pecahkan dalam mangkuk kecik..bila mengelegak masuk kan satu2..slowkan api..jangan kacau dulu – Norah Ash

  7. Ok la yang ni serius..Saya scroll juga komen,tak jumpa pun tips ni

    1st telor mestilah fresh,maksud fresh tak nak telor yang dah sejuk,korang mesti pernah jumpa telor yang part putih telor tu bila pecahkan dia cair,yes..telor tu dah sejuk@lama..yang ni samatelah rebus,goreng pon boleh hancur.

    2nd tips masukkan telor time rebusan belum mendidih,telor dah 70% masak baru kuatkan api.

    3rd tips,rebus air di periuk yang lain,lagi cantik pakai kuali,pastikan mendidih,tutup api,pusing air rebusan,masukkan telor yang fresh..yang ni konpem lawa telor tu.letak atas bubur nasi mmg cantik. – Mohd Samsuri Mustapa

Semoga bermanfaat!

Kredit : Nabilah Chot Via MATJHN

Baca juga : Resepi Macaroni Cheese Yang Super Sedap, Boleh Kalah Restoran Western Yang Terkenal Tau!

tags: | |