Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Lebih 10 Tahun Jual Lemang, Peniaga Ini Kongsi 8 Tips Penting Ketika Beli Lemang Agar Tidak Mudah Tertipu

Jannah by Jannah
April 29, 2022
in Tips
3 min read
0 0
0
tips beli lemang
0
SHARES
402
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Umum mengetahui bahawa lemang adalah salah satu juadah hari raya yang popular dalam kalangan umat Islam di Malaysia dan juga negara luar. Selain ketupat, lemang ini juga menjadi senarai makanan yang wajib ada.  Lemang ini memang sangat enak jika dimakan bersama-sama dengan rendang atau pun serunding.

BacaJuga

“Tak Cukup Ni..”Dapat Lemang Surprise Macam Raya, Pelanggan Ini Terkejut Dapat Lemang Angin

“Tak Cukup Ni..”Dapat Lemang Surprise Macam Raya, Pelanggan Ini Terkejut Dapat Lemang Angin

Mei 8, 2022
216
batang lemang

Pelanggan Cancel Order 120 Batang Lemang & Rendang Buat Peniaga Ini Rugi Di Hari Raya

Mei 2, 2022
2k

Untuk menyediakan lemang ini tidak sesulit yang disangka. Namun memandangkan ramai dikalangan kita yang tidak sempat untuk menyediakannya sendiri jadi ramai yang membelinya di tepi jalan atau pun dengan sesiapa sahaja yang menjual lemang ini.

Namun tak semua penjual lemang ini menjual lemang yang sedap dan elok. Ada sesetengah penjual yang tidak berhati perut menjual lemang yang sudah basi, tidak menjadi dan sedap serta tidak elok dimakan.

Jadi Daily Makan nasihatkan anda supaya lebih berhati-hati dan amalkan beberapa tips di bawah ini. Tips membeli lemang ini pernah dikongsi oleh Harris Rosli di laman facebook sebelum ini.

Tips Ketika Beli Lemang, Barulah Tak Tertipu

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu

Dinasihatkan anda mencari gerai lemang yang banyak kayu. Sebab kebiasaanya gerai lemang yang banyak kayu ini akan membakar lemang digerai tersebut dan bukannya kukus lemang tempat lain kemudian bawa datang ke gerai dan layurkan sahaja dekat bara api.

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar atau terlalu kecil

Buatlah pemilihan yang bijak, tak semestinya lemang yang besar rasanya sedap. Ambil yang sedang-sedang sahaja sebab yang besar tidak semestinya dimasak dengan sempurna. Apabila kita potong lemang yang besar ini, keliling lemang memang masak namun di bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Jadi seeloknya belilah yang kurus serta kecil, peluang untuk garing tu amat tinggi. Sebab total surface area yang kena haba sangat besar.

3. Minta tauke lemang belah dahulu bahagian bawah lemang 

Sebolehnya minta tauke belah dahulu bahagian bawah lemang tu. Ini kerana nak bakar lemang orang akan pakai hipotesis. Jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk dekat pelanggan dan kata lemang masak. Kita pun beli namun menyedihkan bila potong bahagian bawah masih lagi tak masak. Kesian.

4. Jangan singgah kedai lemang yang guna kayu pallet

Jangan sesekali singgah beli lemang di gerai yang menggunakan kayu pallet sebagai kayu bakar lemang. Tolong jangan! Sebab gerai yang pakai pallet ini berbahaya sewaktu bakar lemang tersebut. Kalau anda perasan, pallet kayu ini jarang anai-anai sentuh kan?

Ya, sebabnya pallet kayu ini telah diracun dengan sejenis chemical khas untuk mengelakkan anai-anai makan. Jadi kalau pallet tersebut dibakar secara tidak langsung ia akan menghasilkan gas berbahaya. Walaupun kita tak nampak mungkin lemang tersebut sudah terkena tempias

5. Kalau beli banyak cuba minta diskaun

Kalau anda beli 3 batang ke atas rasanya tak salah kan minta diskaun. Tapi janganlah minta diskaun gila-gila. Kesian la dekat orang yang bakar lemang siang malam tu, ingat senang ke nak kawal api. Hari-hari pedih mata tau!

6. Pilih bahagian atas lemang yang sudah kering

Sewaktu membeli lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang sudah kering. Apabila kepala sudah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling lama 2 hari. Walaupun kepala tersebut nampak kotor atau tidak elok, jangan buang! Bahagian tersebutlah yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So dia rasa masin-masin sikit dan berlemak. Memang sedap!

7. Terbalikkan lemang upside down

Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang upside down dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi.

8. Bau dahulu kepala lemang

Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu kepala lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

Akhir sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tauke lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.

Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan puan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.

Kredit : Harris Rosli

Baca juga : Cara Senang Buat Lemang Hanya Guna Tin Minuman Dan Masak Dalam Pengukus Atau Rice Cooker

Download WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
ZG93bmxvYWQgbHluZGEgY291cnNlIGZyZWU=
download lava firmware
Tags: cara mudah buat lemang dengan daun pisang & plastikLemanglemang kukusTips Membeli Lemang
ShareTweetSend

Related Posts

bekal makanan
Tips

Bawa Bekal Makanan Ke Tempat Kerja, Gadis Ini Dapat Jimatkan Masa Dan Kos Petrol

Mei 18, 2022
18
Tak Payah Bersusah Buang Biji, Potong Atau Rebus. Ini Cara Paling Senang Untuk Buat Stok Cili Kisar Di Rumah
Tips

Tak Payah Bersusah Buang Biji, Potong Atau Rebus. Ini Cara Paling Senang Untuk Buat Stok Cili Kisar Di Rumah

Mei 18, 2022
405
Tip Banyakkan Sabun Basuh Pinggan Dari 1 Liter Jadi 5 Liter. Boleh Tahan Sampai 5 Bulan!
Tips

Tip Banyakkan Sabun Basuh Pinggan Dari 1 Liter Jadi 5 Liter. Boleh Tahan Sampai 5 Bulan!

Mei 17, 2022
105
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist