Sambal tempe begitu digemari ramai kerana tekstur tempe yang rangup bersama rasa sambal yang pedas, manis dan masin menjadi satu kombinasi yang begitu meletup.
Tapi tak ramai yang tahu cara untuk menyediakan sambal tempe yang menjadi. Ini kerana terdapat beberapa hal penting yang mereka mungkin ‘terlepas’, akhirnya merosakkan rasa hidangan itu.
Jangan risau, Ira Yussof II telah berkongsi beberapa tips penting yang ramai perlu tahu supaya menghasilkan sambal tempe rangup dan tahan lebih lama. Tak cukup itu, ada juga diselit resepi istimewa. Teruskan membaca untuk ketahuinya!
Kesilapan yang ramai lakukan adalah mengisar cili kering bersama air yang sedikit. Contoh terbaik adalah menggunakan cili kering secara separuh jug blender itu kemudian meletakkan air yang lebih sedikit.
Dengan cara itu, baru lah cili kering hancur betul-betul dan senang untuk blender pusing.
Pastikan juga cili kering yang digunakan jenis yang pedas. Nak campur pun boleh tapi pastikan lebihkan jenis cili kering pedas.
Tempe mentah, kacang dan ikan bilis perlu digoreng dahulu dan secara berasingan. Goreng tempe hingga garing, kemudian kacang tanah dan akhirnya ikan bilis. Ketepikan.
Ketika sambal dah hampir siap nanti, panas-panas kita gaul semua sekaligus. Baru lah rangup setiap elemen sambal tempe kita.
Bagi bawang-bawang yang digunakan, jangan ditumbuk. Sebaliknya dikisar sehingga halus dan pastikan gunakan bawang putih dan bawang holland sahaja.
Gula yang hanya digunakan buat sambal tempe ini hanya lah guna putih. Jangan lakukan eksperimen dan menggantikannya dengan yang lain.
Nak buat tempe jangan sesekali gunakan sos. Ia boleh merosakkan rasa asli sambal dan membuat tempe menjadi lembap serta cepat lemau.
Tembe tidak menjadi jika dipotong tebalk. Potong senipis yang mampu, boleh gunakan pisau cutter. Nak sagat pun boleh tapi takut hancur pula tempe itu nanti.
Memang kalau anda ikut tips yang dikongsikan ini, sambal tempe anda akan menjadi. Jadi, jangan skip mana-mana langkah tau!
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.
Kredit: Ira Yussof II