Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Takut Masak Tak Sedap Macam Air Tangan Orang Nogori ? Ini Tips Sediakan Hidangan Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Yang Anda Perlu Tahu

Si Bunga by Si Bunga
April 22, 2022
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
3 min read
0 0
0
masak lemak cili api
0
SHARES
35
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Lauk masak lemak cili api Negeri Sembilan memang tak dinafikan sangat lazat. Ia juga akan sukar dicari di luar negeri tersebut.

BacaJuga

Ini 8 Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Yang Anda Wajib Singgah!

Ini 8 Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Yang Anda Wajib Singgah!

Januari 22, 2023
3.2k
makan cadburry masak lemak cili api

“Rare Kau Dik..”, Dilihat Selamba Makan Cadburry Bersama Masak Lemak Cili Api, Adik Ini Buat Ramai Pelik

September 5, 2022
1

Kalau ada pun, mungkin rasanya tidak sesedap air tangan orang Nogori sendiri. Tak kurang juga ramai yang tak berani untuk cuba masak hidangan ini kerana dirasakan susah.

Sebenarnya ada beberapa petua yang anda boleh ikuti supaya rasa hidangan masak lemak cili api anda lebih kick dan selazat seperti yang ada di negeri tersebut.

masak lemak cili api negeri sembilan

Kalau nak tahu, masakan ini tidaklah serumit yang disangka. Bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Selain tak perlu minyak atau tumisan, masak lemak cili api asli dari Negeri Sembilan juga sebaiknya tak menunggu pecah minyak.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut petua untuk sediakan masak lemak cili api gaya Negeri Sembilan, teruskan membaca !

masak lemak cili api negeri sembilan

Tips Sediakan Hidangan Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Yang Anda Perlu Tahu

1. Pilih Cili Api Kampung

masak lemak cili api negeri sembilan

Untuk dapatkan rasa pedas yang tepat sebaiknya pilihah cili api kampung (jenis pendek dan gemuk). Anda boleh gunakan cili api import namun bau hidangan anda boleh jadi kurang wangi. Pastikan cili api disediakan dalam kuantiti yang banyak, ya !

2. Pilihan Garam

Untuk seimbangkan rasa hidangan, anda boleh gunakan apa-apa garam sekalipun. Nak guna ikan masin pun boleh.

3. Rasa Masam

Untuk dapatkan rasa masam, anda boleh gunakan apa-apa ramuan mengikut cita rasa seperti asam keping, bacang, daun asam gelugur, kundang, ataupun belimbing buluh.

4. Rasa Manis

Untuk rasa manis pula, orang Negeri Sembilan kurang gemarkannya, jadi mereka biasanya tak letak dalam hidangan.

Dikira sebagai hidangan yang dilarang, biasanya orang Negeri Sembilan hanya akan bergantung kepada serai (untuk masakan daging atau ayam) atau hirisan daun kunyit (untuk masakan ikan) untuk dapatkan rasa manis asli.

5. Santan

masak lemak cili api negeri sembilan

Kekuatan hidangan masak lemak cili api terletak pada rasa lemaknya. Santan juga bakal memberikan rasa sedikit manis tanpa membunuh rasa-rasa lain.

Untuk memelihara khasiat santan, orang Negeri Sembilan juga sering pastikan agar santan tak pecah minyak. Santan yang digunakan juga perlulah pekat.

6. Rasa Pahit

Elemen tambahan ini boleh meningkatkan lagi kesedapan lauk masak lemak cili api. Biasanya orang Negeri Sembilan akan gunakan sama ada peria, daun maman atau daun pegaga. Namun ia bukanlah satu kemestian.

7. Kunyit

Selain santan, rempah kunyit juga adalah ramuan wajib bagi hidangan ini. Kunyit hidup boleh naikkan bau hidangan tapi kalau nak guna kunyit serbuk pun boleh.

Teknik Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Orang Negeri Sembilan berpegang pada cara yang mudah untuk sediakan juadah ini. Yang paling penting elakkan pecah minyak.

Kalau api terlalu perlahan, santan akan pecah minyak. Kalau api ditutup atau terlalu kuat, santan boleh jadi berketul. Pastikan api sederhana kuat dan kacau sekejap-sekejap.

Bila santan mendidih dan pekat, tutup api dalam masa 10 hingga 15 minit.

Mula-mula anda tutup api mungkin kuah nampak cair sedikit. Tunggulah sekejap, anda anda lihat kuah menjadi lebih pekat !

masak lemak cili api

Masak lemak ni tak boleh takut-takut. Kalau terpecah minyak sedikit tak apa. InsyaAllah rasanya masih sedap. Kalau dah selalu buat dan praktikkan petua ni InsyaAllah anda akan lebih mahir pada masa akan datang. Selamat mencuba !

Sumber : Khabab Jamalludin

 

0/5 (0 Reviews)
Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Nulled WordPress Themes
Download WordPress Themes
udemy free download
download coolpad firmware
Tags: masak lemak cili api
ShareTweetSend

Related Posts

cocktail rasa mantap macam dekat kedai
Masak Apa Hari Ini?

Nak Buat Mocktail Rasa Mantap Macam Dekat Kedai? Rupanya Kena Campur 2 Bahan Ni Barulah Rasa Wow!

Mac 22, 2023
563
gulai kacang
Masak Apa Hari Ini?

Gulai Kacang Letak Hati & Pedal Ayam Buat Ramai Terliur, Ini Resipi Menarik Serta Unik Patut Korang Cuba Untuk Puasa & Raya Kali Ni!

Mac 22, 2023
54
daging goreng tumbuk
Masak Apa Hari Ini?

Cara Buat Daging Goreng Tumbuk, Makan Dengan Nasi Panas Atau Buat Nasi Goreng Pun Sedap!

Mac 22, 2023
115
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist