Barang basah ialah bahan yang cepat rosak atau erti kata lain bahan yang tidak tahan lama. Antara bahan basah yang wajib ada di dapur adalah seperti ayam, daging dan makanan laut.
Kebanyakannya golongan ibu atau wanita yang bekerja mereka membeli kesemua bahan basah tersebut dengan terus banyak kerana agak mustahil untuk membeli kesemua bahan tersebut setiap hari.
Disebabkan itu, bahan-bahan tersebut kebiasaannya akan diletakkan di dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk.
Bagaimanapun, bila bahan basah sudah dibekukan, ia mengambil masa yang lama untuk dinyahbeku sehingga membuatkan proses memasak terbantut dan bahan-bahan itu juga sudah tidak lagi segar.
Bagi mengatasi masalah ini, anda mungkin boleh gunakan tips yang dikongsikan oleh Firda Ashaary ini.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, barang-barang basah perlulah disimpan di dalam plastik ziplock agar ia mudah untuk dinyahbeku.
Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.
“Dulu aku pun suka simpan stok daging semua ni dalam bekas bertutup. Tak kiralah tupperware atau tipuware.”
Kebetulan haritu, adik jiran datang dan sempat lah berbual.
Dia tanya macam mana aku simpan barang basah, then aku pun bagitau lah dia.
Lepas cuci, siap potong, aku akan asingkan ikut portion masakan dan letak dalam bekas bertutup. Lepas tu susun lah dalam freezer. Nampak comel je tersusun.
Kemudian dia pun bercerita,
“Ohhh KakFida, simpe gitu ko? Kito simpe dale plastik.”
“Tok lekat ko plastik tu letok dale peti ais?’ aku mengajuk dialek Kelantan pekatnya.
“Ehh bakpo nok lekatnyo KakFida. Lepah (lepas) kito boh plastik, kito letak la dale bekah (bekas). Nak guno gak, kito ambik la so plastik tu gi rende (rendam). Mudoh lagi gitu.”
Aku pun ooooo besar dengar dia cerita sambil membayangkan.
“Nati kak nok try lah.” jawab aku sambil tersengih.
Kebetulan esoknya aku ada gi beli daging.
Lepas potong semua, aku pun masukkan dalam plastik ziplock dan susun kemas tepi dinding peti ais.
Okay boleh tahan kemas sebab ziplock tu boleh tegak.
Paru pun aku rebus seksiap sebelum potong nipis dan simpan. Nanti nak masak, keluarkan dan rendam air panas sahaja.
Satu plastik tu untuk sekali masak. Mudah.
Keluarkan dan rendam ja dalam air.
Masa aku rendam barang basah yang disimpan dalam bekas bertutup dulu, boleh tahan jugak la nak tunggu defrost kecuali aku bukak air dalam sinki dan siram lelaju. Jenuh laki aku bayar bil.
Tips ni bagus sebab rasa dan manis daging pun tak hilang. Kekal di situ, terperangkap dalam plastik.
Tengkiu jiran bagi tips berguna.
Untung jugak bersembang walau nampak sembang kosong. Tapi tetap ada isi.
Jadi kepada golongan ibu atau wanita diluar sana yang mempunyai masalah dan masih tidak tahu cara penyimpanan bahan basah, anda boleh menggunakan tips yang dikongsikan oleh Firda Ashaary ini.
Semoga Bermanfaat & Jom Cuba Sekarang!
Kredit: Firda Ashaary
Baca juga: Lebih 9K Retweets, Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Barang Basah Supaya Segar Lebih Lama