Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Lebih Cepat “Defrost” & Rasa Manis Daging Tak Hilang! Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Barang Basah Dalam Plastik Ziplock

Azreen by Azreen
Mei 5, 2022
in Tips, tips di dapur, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
thumnail barang basah
0
SHARES
238
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Barang basah ialah bahan yang cepat rosak atau erti kata lain bahan yang tidak tahan lama. Antara bahan basah yang wajib ada di dapur adalah seperti ayam, daging dan makanan laut.

BacaJuga

MENCUCI KIPAS

Ini Cara Paling Mudah & Pantas Untuk Mencuci Kipas, Yang Penting Mess Free! Cuma Guna Bahan Dari Dapur Saja Rupanya.

April 29, 2022
749
cara pilih kupang

Kalau Tak Siang Dengan Baik, Boleh Buatkan Kita Sakit Perut ! Ini Cara Pilih dan Siang Kupang Dengan Betul !

April 27, 2022
58

Kebanyakannya golongan ibu atau wanita yang bekerja mereka membeli kesemua bahan basah tersebut dengan terus banyak kerana agak mustahil untuk membeli kesemua bahan tersebut setiap hari.

Disebabkan itu, bahan-bahan tersebut kebiasaannya akan diletakkan di dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk.

Susahnya Nak Masak, Nak Kena Tunggu Defrost

Bagaimanapun, bila bahan basah sudah dibekukan, ia mengambil masa yang lama untuk dinyahbeku sehingga membuatkan proses memasak terbantut dan bahan-bahan itu juga sudah tidak lagi segar.

Bagi mengatasi masalah ini, anda mungkin boleh gunakan tips yang dikongsikan oleh Firda Ashaary ini.

Tips Simpan Barang Basah Dalam Plastik Ziplock

Menerusi perkongsiannya di Facebook, barang-barang basah perlulah disimpan di dalam plastik ziplock agar ia mudah untuk dinyahbeku.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

“Dulu aku pun suka simpan stok daging semua ni dalam bekas bertutup. Tak kiralah tupperware atau tipuware.”

Kebetulan haritu, adik jiran datang dan sempat lah berbual.

Dia tanya macam mana aku simpan barang basah, then aku pun bagitau lah dia.

Lepas cuci, siap potong, aku akan asingkan ikut portion masakan dan letak dalam bekas bertutup. Lepas tu susun lah dalam freezer. Nampak comel je tersusun.

Kemudian dia pun bercerita,

“Ohhh KakFida, simpe gitu ko? Kito simpe dale plastik.”

“Tok lekat ko plastik tu letok dale peti ais?’ aku mengajuk dialek Kelantan pekatnya.

“Ehh bakpo nok lekatnyo KakFida. Lepah (lepas) kito boh plastik, kito letak la dale bekah (bekas). Nak guno gak, kito ambik la so plastik tu gi rende (rendam). Mudoh lagi gitu.”

Aku pun ooooo besar dengar dia cerita sambil membayangkan.

“Nati kak nok try lah.” jawab aku sambil tersengih.

Kebetulan esoknya aku ada gi beli daging.

Lepas potong semua, aku pun masukkan dalam plastik ziplock dan susun kemas tepi dinding peti ais.

barang basah1

Okay boleh tahan kemas sebab ziplock tu boleh tegak.

Paru pun aku rebus seksiap sebelum potong nipis dan simpan. Nanti nak masak, keluarkan dan rendam air panas sahaja.

Satu plastik tu untuk sekali masak. Mudah.

Keluarkan dan rendam ja dalam air.
barang basah2

“Ehh betullah, lebih cepat defrost berbanding dulu..”

Masa aku rendam barang basah yang disimpan dalam bekas bertutup dulu, boleh tahan jugak la nak tunggu defrost kecuali aku bukak air dalam sinki dan siram lelaju. Jenuh laki aku bayar bil.

Tips ni bagus sebab rasa dan manis daging pun tak hilang. Kekal di situ, terperangkap dalam plastik.

Tengkiu jiran bagi tips berguna.

Untung jugak bersembang walau nampak sembang kosong. Tapi tetap ada isi.

Jadi kepada golongan ibu atau wanita diluar sana yang mempunyai masalah dan masih tidak tahu cara penyimpanan bahan basah, anda boleh menggunakan tips yang dikongsikan oleh Firda Ashaary ini.

Semoga Bermanfaat & Jom Cuba Sekarang!

Kredit: Firda Ashaary

Baca juga: Lebih 9K Retweets, Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Barang Basah Supaya Segar Lebih Lama

Download Best WordPress Themes Free Download
Download Nulled WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
free online course
download lenevo firmware
Tags: lebih cepat defrostmanis daging tak hilangTipsTips simpan barang basah
ShareTweetSend

Related Posts

bekal makanan
Tips

Bawa Bekal Makanan Ke Tempat Kerja, Gadis Ini Dapat Jimatkan Masa Dan Kos Petrol

Mei 18, 2022
42
Tak Payah Bersusah Buang Biji, Potong Atau Rebus. Ini Cara Paling Senang Untuk Buat Stok Cili Kisar Di Rumah
Tips

Tak Payah Bersusah Buang Biji, Potong Atau Rebus. Ini Cara Paling Senang Untuk Buat Stok Cili Kisar Di Rumah

Mei 18, 2022
3.3k
biskut raya
Tips Makanan

Biskut Raya Masuk Angin? Jangan Buang, Ikut Tips ini!

Mei 17, 2022
272
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist