Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Stres Tengok Fridge Bersepah? Ini Tips Susun Barang Dalam Peti Sejuk, Barulah Senang Nak Ambil Barang

Si Bunga by Si Bunga
Mac 18, 2023
in Tips
3 min read
0 0
0
Stres Tengok Fridge Bersepah? Ini Tips Susun Barang Dalam Peti Sejuk, Barulah Senang Nak Ambil Barang
0
SHARES
133
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai yang setuju sebenarnya peti sejuk yang bersepah boleh buatkan kita hilang mood nak memasak. Buka-buka je, semuanya berkecah, tunggang langgang dalam peti sejuk. Sampai nak ambil barang untuk masak pun susah!

BacaJuga

cara-baiki-peti-tak-sejuk

Peti Tak Sejuk? Lelaki Ini Kongsi Cara Membaikinya Dengan Modal RM12 Sahaja

Jun 10, 2022
888
punca makanan basi

Elakkan Membazir! Ini Punca Makanan Basi Dengan Lebih Cepat

April 29, 2022
11

Lagi-lagi kalau time nak cepat, bila teringatkan peti sejuk yang bersepah, terus order bungkus dari luar sajalah jawabnya.

Jadi, untuk mengelakkan ibu-ibu jadi Hulk setiap kali masuk ke dapur, apa kata kita ikuti tips susun atur barang dalam peti sejuk. Barulah sejuk sikit mata memandang, kerja memasak di dapur pun jadi lebih mudah.

Susun Barang Dalam Peti Sejuk Susun Barang Dalam Peti Sejuk

Tips Susun Barang Dalam Peti Sejuk, Barulah Teratur dan Senang Nak Memasak!

  • Untuk susun barang dalam peti sejuk, pastikan tiada kotoran dibawa masuk dalam peti sejuk. Contohnya, sayur perlu dibasuh bersih, akar perlu bebas dari tanah.Susun Barang Dalam Peti Sejuk
  • Simpan bahan mentah dalam bekas yang bersih. Kalau sama saiz lagi bagus, senang nak susun.
  • Bahan mentah seperti ikan dan daging perlu disiang dan dibersihkan dulu serta dipotong pada saiz yang lebih kecil. Ini bagi mengelakkan bahan mentah kena defrost berkali-kali.Susun Barang Dalam Peti Sejuk
  • Labelkan bahan mentah. Jika perlu, boleh letakkan tarikh kita beli. Amalkan “first in, first out” supaya bahan mentah yang dibeli lebih awal digunakan terlebih dahulu. Barulah tak membazir!
  • Asingkan tempat simpan makanan kepada dua kategori iaitu bahan mentah dan ready to eat food (makanan siap dimakan). Letakkan ready to eat food (RTE) di rak bahagian atas dan bahagian mentah yang belum dimasak di rak bawah. Bukan saja memudahkan anda, malah ia sangat berguna untuk elakkan berlakunya pencemaran silang.Susun Barang Dalam Peti Sejuk
  • Jangan simpan terus tin susu sejat yang telah dibuka. Tin boleh berkarat! Jadi apa yang and boleh lakukan ialah pindahkan susu sejat ke dalam bekas lain yang bertutup.Susun Barang Dalam Peti Sejuk
  • Bahan mentah seperti ikan, ayam, daging serta produknya perlu disusun di bahagian sejuk beku dengan baik. Jangan simpan terlalu padat supaya semua bahan mentah ini dapat sejuk sekata.
  • Sama seperti ruangan freezer, ruangan dingin juga tak boleh terlalu padat. Oleh itu, anda perlulah rancang pembelian stok makanan sebaiknya.
  • Biasakan untuk keluarkan makanan RTE yang disimpan di peti sejuk. Seeloknya jangan disimpan melebihi 2 hari.

Pastikan Suhu Fridge Terkawal

  • Untuk pastikan kesegaran makanan terpelihara, pastikan suhu di ruang sejuk beku dan dingin berada pada tahap yang betul.
  • Untuk elakkan suhu peti sejuk terganggu, jangan selalu buka dan tutup peti sejuk.

Begitulah serba sedikit tips yang dikongsikan untuk susun barang dalam peti sejuk. Mungkin nak bersihkan dan siang barang mentah dan sayur agak leceh pada mulanya.

Tapi, bila anda dah susun dengan baik dalam peti sejuk, sudah tentu lebih mudah untuk anda memasak di dapur nanti.

Anda bolehlah luang sedikit masa pada hujung minggu dan ikuti tips ni untuk kemas peti sejuk. Apa salahnya bersusah sikit pada awalnya kalau dapat mudahkan anda pada masa hadapan? Jom cuba tips ni!

Sumber : Puan Fazilah Ali via Dunia Deko

Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Free Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
udemy free download
download coolpad firmware
Tags: Peti aisSusun Atur
ShareTweetSend

Related Posts

rahsia petua laksa pekat
Info

Rahsia Petua Laksa Pekat Sedap Dari Peniaga, Ikut 5 Langkah Ni Pasti Auto Terciduk Bila Makan

Mac 21, 2023
201
kuali baru
Tips

Beli Kuali Baru? Jangan Terus Guna, Amal Cara Ini Dulu Supaya Tak Mudah Rosak & Tahan Lama

Mac 18, 2023
330
cara mudah tanam jagung
Info

Ini Cara Mudah Tanam Jagung, Isi Penuh & Pejal. Guna 3 Teknik Ini Kalau Nak Jagung Fresh!

Mac 15, 2023
32
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist