Di negera China, pulut telah ditanam selama sekurang-kurangnya 2,000 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, para penyelidik percaya bahawa ianya berkait rapat dengan penghijrahan awal di sepanjang Sungai Mekong yang berasal dari Selatan China.
Pulut dah wujud beribu tahun lamanya, tapi masih ramai lagi yang tak pandai tanak pulut. Bila disuruh pasti akan complain bahawa proses tanak pulut ni leceh. Nak kena rendam beras pulut dulu, kukus, masukkan santan dan lain-lain. Yang paling susah sekali semasa nak pastikan pulut masak.
Tapi sekarang kan semua dah moden. Buat apa nak tanak pulut dengan cara lama lagi. Tunggu apa lagi. Jom ikuti perkongsian daripada Puan Siti Asrien Mohd Hassan mengenai tips tanak pulut berkilat dan tak berkerak menggunakan rice cooker.
1.Basuh beras dengan sedikit garam supaya pulut nampak berkilat.
2.Basuh 3 hingga 4 kali basuhan.
3.Sukat air sebanyak separuh ruas jari telunjuk. Pastikan jari telunjuk berada di atas permukaan beras.
4.Lapik penutup periuk dengan kain atau tuala kecil bagi mengelakkan wap panas keluar.
5.Tekan “cook” dan tunggu sehingga masak.
6.Selepas masak (semasa periuk dalam keadaan “warm“), jangan bukak tudung periuk. Biarkan pulut masak dengan wap panas.
7.Buka penutup periuk selepas 5 hingga 10 minit ia masak untuk dapatkan hasil yang lebih cantik.
Tada! Cantikkan tekstur pulut ni. Boleh buat tapai untuk raya nanti!
Sekian sahaja perkongsian dari Daily Makan. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menyediakan hidangan yang lebih menyelerakan buat seisi keluarga.
Sumber : Siti Asrien Mohd Hassan
Baca juga : Tips Masak Sagu Gula Melaka Supaya Menjadi & Cantik Macam Kristal