Ramai sekarang para isteri mencuba untuk mendapatkan perhatian suami supaya tumpuan terarah kepada mereka. Pelbagai cara yang dicuba, namun ada yang berjaya tapi ada juga yang tidak berjaya.
Jadi, anda boleh mencuba idea ini di mana ia ‘gerenti’ menjadi dan buatkan perhatian suami anda akan tertumpu kepada anda.
Idea ini dikongsikan oleh miratriwulandar92 di laman media sosial TikToknya dan membuatkan netizen mencuit hati kerana boleh pula beliau berfikir begitu.
Beliau meletakkan telefon beliau di atas dahinya dan membuka ‘live’ perlawanan bola sepak pasukan kegemaran suaminya.
Anda boleh masak apa sahaja makanan yang anda suka tapi pastikan video yang ditayangkan di dahi anda itu adalah perkara yang diminati oleh suami anda.
Janganlah ambil serius, ini hanya gurauan sahaja untuk para warganet. ‘Content’ yang dihasilkan oleh beliau ini sangat mencuit hati dan mana tahu mungkin ada yang mengikuti tips ini.
@miratriwulandar92 suami perhatian #suami #perhatian #tiktok #fyp #fypシ #fypシ゚viral
@miratriwulandar92 suami perhatian #suami #perhatian #tiktok #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ suara asli – miratriwulandar92
Menerusi di ruangan komen, netizen terhibur kerana boleh pula beliau memikirkan sebegitu dan masing-masing ‘tag’ nama akaun pasangan masing-masing.
Anggap sahaja tips ini hanya gurauan sahaja, dan ini hanya cebisan ‘content’ sahaja yang dihasilkan oleh beliau. Tapi, mana tahu kan ia menjadi?
Selamat Mencuba!
Kredit: miratriwulandar92