Semakin kita tua, semakin hilang daya kekuatan dan jika tidak menjaga kesihatan sekarang, macam-macam penyakit boleh datang pada kita nanti.
Namun begitu, ada sesetengah individu yang sudah berumur tapi masih lagi sihat, tiada penyakit dan kuat. Semua mempunyai cara-cara masing-masing untuk menjaga kesihatan.
Seperti di Facebook, seorang pengguna berkongsi tips yang diamalkan oleh kawan atuknya yang telah berusia 86 tahun tapi masih lagi sihat, tiada penyakit kerana amalkan minum air rendaman kacang bendi setiap hari sejak umurnya mencecah 30 tahun.
Selain dari cara untuk membuat air rendaman kacang bendi, wanita itu turut kongsikan khasiatnya yang anda perlu tahu!
1. Beli satu ikat kacang bendi
2. Potong halus.
3. Rendamkan 8 hingga 12 jam di dalam air mineral supaya lendirnya tadi keluar.
4. Minum secukup rasa.
5. Bila air dah habis, rendam sekali lagi (boleh buat sampai 2 hingga 3 kali, sampai likat lendir habis)
Tips: Untuk elakkan pembaziran, anda boleh gunakan bendi yang direndam itu untuk buat ulam, letak dalam kari atau masak kicap. Amalkan sebelum bersarapan.
Ini pula khasiat kacang bendi yang dikongsikan. Anda perlu tahu!
1. Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
2. Dalam bidang perubatan tradisional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, megubati penyakit gornea dan sifilis.
3. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
4. Lendirnya boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
5. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
6. Mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
7. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
8. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
9. Sifat beralkali membantu menultralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan penghadaman.
Sekarang kita dah tahu kebaikan kacang bendi. Bagi anda yang ingin menjaga kesihatan, boleh amalkan tips ini. InshaAllah menjadi.
Selamat mencuba.
Kredit: Siti Hailia