Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Anak Selalu Batuk? Ini Tips Yang Para Ibu Perlu Amal Untuk Atasi Masalah Itu

Anak Selalu Batuk? Ini Tips Yang Para Ibu Perlu Amal Untuk Atasi Masalah Itu

Kategori:
tips yang para ibu perlu amal

Dengan pelbagai majlis rumah terbuka dan sambutan yang diadakan di sekolah, anak-anak beria untuk menghadirinya. Ini kerana terdapat pelbagai makanan dan minuman yang enak sedang dihidangkan.

Oleh itu, ibu-ibu tidak dapat memantau anak-anak sepenuhnya. Akhirnya bila pulang ke rumah, mereka mengalami masalah batuk dan sakit tekak. Rasa risau pulak!

Selain rawatan klinik, terdapat beberapa tips yang para ibu perlu amal untuk mengatasi masalah itu. Perkongsian oleh Abdul Qahhar ini sangat mudah, jom baca untuk ketahui caranya.

Anak Selalu Batuk? Ini Tips Yang Para Ibu Perlu Amal Untuk Atasi Masalah Itu

  • Hentikan pengambilan gula. Apa sahaja makanan yang mempunyai gula adalah tidak dibenarkan ketika ini. Walaupun kandungannya dari gula baik seperti gula tebu organik dan gula melaka. Gula merangsangkan bakteria jahat. tips yang para ibu perlu amal
  • Tak boleh minum susu. Susu akan memekatkan kahak di tekak. tips yang para ibu perlu amal
  • Tak boleh minum ais atau air sejuk. Tekak akan jadi lebih perit dan sakit bila minum air sejuk atau ais. tips yang para ibu perlu amal
  • Tak boleh makan kerepek atau keropok. Tekak akan jadi lebih kering. tips yang para ibu perlu amal
  • Tak boleh makan makanan yang berminyak sebab tekak akan jadi lebih gatal. tips yang para ibu perlu amal
  • Tak boleh bergurau main sambil terpekik-pekik. Nanti lagi sakit tekak.
  • Tak boleh tidur meniarap. Sebab kahak akan berkumpul di tekak, sebaiknya tidur menelentang dengan kepala ditinggikan sedikit. tips yang para ibu perlu amal
  • Banyakkan minum air kosong suam yang bertapis.tips yang para ibu perlu amal
  • Buat aktiviti outdoor dengan beriadah. Keluarkan peluh. tips yang para ibu perlu amal
  • Buatkan bubur bersantan tanpa sebarang bahan bergoreng atau berminyak. tips yang para ibu perlu amal

Namun jika masalah batuk masih lagi tidak berkurangan, ini pula tindakan yang para ibu boleh amalkan sebagai booster untuk pulihkan sakit tekak dan masalah batuk.

Cara Lain Yang Boleh Dilakukan Sebagai Booster Untuk Legakan Masalah Sakit Tekak Dan Batuk

  • Banyakkan makan makanan bersantan. Ia tinggi dengan anti radang.
  • Ambil 1 sudu madu asli (dapatkan di sini), campurkan dengan sedikit perahan limau. Ia bantu untuk hindarkan bakteria di tekak.
  • Kumurkan air suam dengan capuran sedikit garam himalaya seketika. Telah perlahan-lahan, ulang sampai tekak berasa selesa.

Tak salah pun untuk cuba tips ini untuk mengatasi masalah sakit tekak dan batuk yang sedang dialami anak-anak. Namun jika ia masih berterusan, amatlah disarankan untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Semoga tips ini bermanfaat!

Kredit: Abdul Qahhar di grup Resepi Sihat dan Tanpa Gluten

Sumber gambar: Facebook

Baca Juga: Cara Yang Ramai Belum Tahu, Wanita Ini Kongsikan Tips ‘Defrost’ Daging Guna Benda Besi Sahaja!

tags: | |