Pak Putra adalah sebuah restoran terkenal di Melaka yang menyajikan Ayam Tandoori dan Roti Naan. Pelbagai menu roti naan yang disajikan di sini seperti Garlic Naan Cheese, Kashmiri Naan dan Butter Naan. Dan macam-macam lagi selain dari Triple Cheese Naan. Triple Cheese Naan merupakan salah satu menu yang paling popular.
Ia digemari ramai kerana mempunyai tekstur lembut dan sedap apabila di makan. Lebih-lebih lagi apabila dimakan panas-panas, dan ditambah pula dengan keju yang banyak. Keju yang digunakan pula adalah bukan keju sebarangan, serta mempunyai rasa lain daripada yang lain dan dicicah pula dengan kuah dal yang sedap.
Selain itu, Ayam Tandoori yang disajikan di sini juga memang terbaik. Cara penyediaan Ayam Tandoori ini juga memang sangat berlainan. Ayam Tandoori dimasak dengan cukup rempah ratusnya serta saiznya pula boleh tahan besar. Rasa Ayam Tandoori ini memang sedap serta dapat memikat hati para pelanggan.
Sumber: Hypp Inspirasi