Sejak beberapa minggu yang lepas viral berkenaan dengan seorang wanita yang berasal dari Marang Terengganu mencuri 2 paket milo. Kecurian yang dilakukan pada 25 Mei yang lepas di sebuah pasar raya telah menarik perhatian ramai.
Akibat melakukan perbuatan tersebut, ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak ini telah dijatuhi hukuman penjara. Hukuman penjara 14 bulan dijatuhkan setelah tertuduh mengaku kesalahannya di hadapan Hakim Mahkamah Majistret Marang pada 5 Julai lepas.
Disebabkan keadaan wanita berkenaan yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, Tuan Mohamad Azlan Al Amin, seorang ahli perniagaan hartanah terpanggil untuk mengikat jamin wanita berkenaan dek memikirkan masa depan anak-anaknya.
Terbaharu, pada 19 Julai 2022, Tuan Azlan Al Amin sempat berkongsi menerusi laman facebook miliknya berkenaan dengan kejayaan mengikat jamin wanita yang mencuri milo tersebut.
Walaupun jadualnya padat, beliau sempat hadir ke Mahkamah bagi membantu proses rayuan perbicaraan dan ikat jamin wanita berkenaan. Walaupun ada sedikit cabaran sebelah pagi, beliau tetap bersyukur kerana urusannya pada hari tersebut dipermudahkan.
SAYA BAYAR IKAT JAMIN WANITA INI.
Wanita dijatuhi hukuman penjara kes curi Milo berjaya dijamin.
Moga dirimu insaf demi masa depan yang lebih baik.
Hari ini awal pagi saya bergerak turun ke Mahkamah Majisterit Marang untuk bersama peguam terkenal,Dato Naran Singh bagi proses memohon penangguhan hukuman dan ikat jamin wanita yang dijatuh hukuman penjara 14 bulan atas kesalahan mencuri dua paket Milo.
Jadual saya untuk aktiviti perniagaan sememangnya sangat padat,namun saya gagahi jua luang masa untuk hadir ke Mahkamah bagi membantu proses rayuan perbicaraan dan ikat jamin wanita ini.
Begitulah saya, “pemimpin” yang ingin berjasa tanpa kuasa dan mahu berbakti tanpa “kerusi”.
Syukur,urusan hari ini dipermudahkan walaupun ada sedikit cabaran pada sebelah pagi.
Tambah Tuan Azlan lagi, atas bantuan Dato Naran Singh, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membenarkan beliau mengikat jamin dan akan membayar proses ikan jamin tersebut yang berjumlah RM800.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membenarkan ikat jamin wanita dijatuhi hukuman penjara 14 bulan kerana mencuri Milo.Berita lanjut akan saya update.
Esok,saya akan membayar proses ikan jamin sebanyak rm8000 di atas pertuduhan curi milo serta dua pertuduhan lain.
Pada sebelah paginya di Mahkamah Majisterit Marang,Majisterit tidak mengizinkan penangguhan dibuat. Justeru,Dato Naran Singh segera ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk melakukan proses rayuan di sana, dan Alhamdulillah Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan jaminan.
Turut menyatakan apa yang ditegaskan oleh beliau sebelum ini, salah tetap salah dan matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Namun disebabkan beliau rasa simpati terhadap wanita tersebut dan mahu memberi ruang serta peluang membaiki diri, beliau akhirnya menggunakan khidmat guaman terkenal.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini,bahawa salah tetap salah dan matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
Namun saya membantu dari sudut proses undang undang dengan menyediakan khidmad guaman terkenal kerana saya mahu wanita ini diberi ruang serta peluang membaiki diri.
Paling penting, saya simpati nasih anak anak wanita ini yang masih kecil dan memerlukan perhatian ibunya.
Turut menyatakan, semoga kejadian ini menjadi pengajaran dan memberi pelajaran kepada wanita berkenaan untuk insaf. Demi masa depan diri serta anak-anak dan keluarga. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada peguam Dato Naran Singh kerana membantu.
Semoga menjadi pengajaran dan memberi pelajaran kepada beliau untuk insaf demi masa depan diri serta anak anak mahupun keluarga
Pada wanita ini,saya berdoa agar Allah memandunya dengan hidayah ke arah jalan yang diberkatiNya.
Kita semua tidak terlepas dari kesalahan,termasuk saya.Namun,tetap ada peluang untuk kita berubah menjadi lebih baik seandainya kita benar benar mahukannya yang terbaik dalam hidup kita.
Terima kasih peguam terkenal kerana membantu Dato Naran Singh
Sumber: Facebook Tuan Azlan Al Amin