Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tukang Masak Thai Dedah ‘Rahsia’ Buat Tom Yum Gong Sedap! Satu Rumah Puas Makan!

Tukang Masak Thai Dedah ‘Rahsia’ Buat Tom Yum Gong Sedap! Satu Rumah Puas Makan!

Kategori: ,,
tom yum gong

Ramai yang suka makan tom yum kan? Lagi-lagi jika tom yum gong di kedai masakan Thai. Memang sedap tak sama macam kedai makan biasa! Ada tak yang nak tahu rahsia tukang masak kedai Thai buat menu tom yum gong yang sedap?

Seorang wanita mendedahkan resepi tom yum gong ori macam di kedai Thai. Menurutnya, resepi ini dikongsikan oleh tukang masak Thai sendiri. Kunci dalam resepi ini mesti ada sos ikan, hanya perlu ikut tips dan trick yang akan dikongsikan di bawah. Selamat mencuba!

Tukang Masak Thai Dedah ‘Rahsia’ Buat Tom Yum Gong Sedap! Satu Rumah Puas Makan!

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Sotong (takde pun takpe)
  • Cendawan
  • Serai 2 batang
  • Bawang besar potong 4
  • Bawang putih ketuk
  • Daun limau purut
  • Daun Ketumbar
  • Limau nipis 2 1/2 biji
  • Cili padi
  • Lengkuas
  • Cili Thai Pes
  • Sos ikan
  • Susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebus isi ayam sampai empuk. Pati ayam akan turun dalam air.
  2. Selepas rebus, keluarkan isi akan dan ketepikan. Biarkan kuah pati ayam di dalam kuali.
  3. Masukkan bawang, serai, lengkuas hiris, cili padi yang ditumbuk kasar-kasar ke dalam kuah pati ayam tadi. Rebus sehingga air dari bahan masuk ke dalam kuah.
  4. Masukkan sotong. Tiada pun tidak mengapa.
  5. Apabila sotong dah nak masak, masukkan Thai Cili Paste. Ini lah kunci dalam kebanyakan Tom Yum Gong. Dimana-mana supermarket, kedai runcit , pasar mesti ada jual.
  6. Masukkan juga pes tom yum siam jika ada.
  7. Masukkan cendawan.
  8. Masukkan sos ikan (wajib ada!). Letak dalam 3 senduk jika masak banyak.
  9. Biarkan kuah sebati terlebih dahulu, baru masukkan isi ayam yang direbus tadi.
  10. Jangan lupa masukkan susu cair juga untuk rasa yang lebih berlemak.
  11. Akan jadi creamy macam dalam gambar.
  12. Akhir sekali masukkan jus limau nipis dalam 2/3 biji. Masukkan garam gula secukup rasa.
  13. Taburkan daun ketumbar.
  14. Siap! Selamat mencuba!

Kredit: Fyza Shah

Baca Juga: Ini Rahsia Tauhu Bergedil Menjadi Lebih Sedap, Sangat Mudah

tags: | |