Jika sebut tentang makanan yang tular (viral) di Malaysia, pasti antara yang diperkatakan adalah penjualan Nachos yang dicampur dengan daging cincang ataupun dipanggil (Loaded Nachos).
Terbaharu, sebuah menu baharu yang diubah dengan trend sekarang menjadi bualan ramai apabila peniaga ini mengolah keropok Super Ring menjadi milkshake.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @sahabatbistro, Super Ring Milkshake terbabit dibuat selepas diminta oleh seorang lelaki.
“Saya tak nak nachos loaded abang, saya nak Super Ring Milkshake,” kata lelaki itu.
Susulan itu, pekerja terbabit mengambil keropok super ring berkenaan dan memasukannya ke dalam mesin kisar (blender) sebelum dicampurkan pula dengan sedikit susu ‘full cream’.
Cara membuat air tersebut sememangnya sama seperti milkshake biasa apabila pekerja itu menambahkan pula dengan susu pekat dan ais sebelum mengisarnya menjadi milkshake.
Setelah itu, milkshake terbabit dituang ke dalam cawan dan ditaburkan lebihan keropok Super Ring di atasnya sebagai ‘topping’ sebelum dijual pada harga RM5.50.
Tidak pasti sama ada menu Super Ring Milkshake terbabit memang wujud di restoran berkenaan atau sekadar konten semata-mata.
Menu itu mencetus perdebatan di kalangan ramai yang melihatnya.
Sumber: Buzzkini
Baca juga: Pak Mat, Pengusaha Warung Teh Tarik Madu Pulau Pisang Meninggal Dunia