Sekumpulan monyet menunjukkan gelagat penjarakan sosial yang luar biasa di tengah wabak Covid-19 yang melanda di India. Walaupun, mereka telah melakukan ‘pemusnahan’ seperti mengambil sampel ujian Covid-19, namun gambar ini telah menarik perhatian ramai.
Di Arunachal Paradesh, India, tular foto menunjukkan sekumpulan monyet itu berada dalam barisan yang sama ketika mereka sedang menikmati makanan. Menteri Hal Ehwal Belia dan Sukan India telah menunjukkan gambar monyet yang mematuhi undang-undang penjarakan sosial ketika sedang menunggu untuk mengambil makanan.
Penjarakan sosial yang sangat sempurna ini dilihat berhampiran Bhalukpong di Arunachal. Jika dilihat dengan teliti, kumpulan monyet ini dapat mengajar kita banyak pelajaran yang penting. Walaupun, monyet-monyet ini jauh dari sosial, mereka juga dilihat duduk jarak di antara satu sama lain semasa di beri makan
Pada minggu lepas, seorang pekerja kesihatan India telah diganggu oleh monyet yang mencuri sampel darah coronavirus. Kejadian itu menghadirkan rasa takut sekiranya wabak itu tersebar di seluruh kawasan. Namun, sampel tersebut telah ditemui dan tidak rosak.
Sekumpulan monyet ini kelihatan jinak. Walaupun, di India monyet merupakan reputasi yang mengerikan, monyet-monyet tersebut dilihat sedang menunggu giliran mereka untuk mendapatkan makanan. Di India, mereka masih mengenakan sekatan ke atas kedai dan pengangkutan awam di lebih banyak tempat.
Kereta api bawa tanah dan sekolah tetap ditutup kerana pakar mengatakan masih belum sampai ke puncak wabak. Walaubagaimanapun, kerajaan di India telah meredakan sedikit penutupan untuk membantu buruh yang kehilangan pekerjaan dan tidak dapat memberi makanan kepada keluarga.
Sumber : Siakap keli & soundhealthandlastingwealth