Sejak wabak COVID-19 menular di Malaysia, ianya sangat sukar kepada barisan petugas hadapan terutamanya kakitangan perubatan negara.

Oleh sebab itu, ECM Libra Foundation telah bergabung dengan hotelier Ormond Group untuk menyediakan bilik percuma kepada kakitangan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mereka menawarkan penginapan percuma di Tune Hotel cawangan Putra Word Trade Centre (PWTC) selepas bekeja dalam tempong masa yang panjang.

Hal ini sebagai inisiatif untuk menyokong mereka dalam melawan COVID-19 ini.

Penginapan percuma di Tune Hotel selama 30 hari

Komitmen yang diberikan oleh kakitangan perubatan telah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Datuk Seri Kalimullah Hassan, pengerusi lembaga pengarah amanah ECM Libra berkata mahu memberikan sokongan kepada mereka yang terjejas oleh wabak Covid-19. Terutamanya mereka yang kurang bernasib baik dan kakitangan barisan hadapan negara.

Kesemua 130 buah bilik di Tune Hotel PWTC berhampiran dengan HKL kini tersedia bersama dengan hidangan sarapan pagi secara percuma buat semua kakitangan perubatan HKL bermula 24 Mac hingga 24 April 2020.

Luluh hati melihat wira-wira negara yang berehat di koridor hospital ini.

Mudah-mudahan dengan tindakan ini, mereka dapat berehat dengan lebih baik.

Baca juga: Perintah Kawalan Pergerakkan Dilanjutkan Sehingga 14 April-PM

Sumber: KL Foodie

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 2,053 times!)