Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Turun Berat Sehingga 65kg Dari 120kg & Ada Darah Tinggi Kronik! Lelaki Ini Kongsi Tipsnya

Turun Berat Sehingga 65kg Dari 120kg & Ada Darah Tinggi Kronik! Lelaki Ini Kongsi Tipsnya

Kategori: ,
tips-diet-sihat-15

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk turunkan berat badan jika tiada azam dan semangat yang tinggi. Mungkin ramai yang sudah lama mahu memulakan gaya hidup dan pemakanan yang sihat, namun masih mencari-cari rentak.

Jom sama-sama baca hasil perkongsian oleh saudara Abdullah Faiez Abd Rahman yang dulunya pernah mencapai berat 120kg siap dengan pakej darah tinggi kronik. Namun kini, berkat usaha beliau kini berjaya menurunkan berat badan sehingga 65 kg. Wow sangat kan?!

Beliau turut berkongsikan tips dan cara-cara yang diamalkan olehnya. Diharapkan dapat memberi inspirasi kepada mereka yang sudah lama mahu menurunkan berat badan untuk tubuh badan yang lebih sihat. Jom sama-sama baca perkongsian oleh saudara Abdullah di bawah.

Turun Berat Sehingga 65kg Dari 120kg & Ada Darah Tinggi Kronik! Lelaki Ini Kongsi Tipsnya

Sekadar berkongsi Pengalaman.. memberi Inspirasi dan tips pada yang mula berdiet.

Saya mula berdiet dengan berat 120KG (penyakit darah tinggi kronik) hingga sekarang 65KG dan masih berdiet sampai harini. Alhamdulillah sekarang bebas Penyakit darah tinggi. 

Dan sekarang dah fasa maintain (maintain lagi susah dari diet tau hehe)

Walaupun dah kurus saya tetap amalkan berdiet.. sebab diet dah jadi lifestyle saya. bagi saya diet ni takde tempoh.. diet ni kita ubah gaya permakanan kita

Ni saya kongsi sikit tips untuk berjaya dalam diet.. kalau salah maafkan saya.. ni berdasarkan pengalaman sy dan badan saya. First sekali saya buat adalah:

1) STOP SMOKING

kalau smoking lah.. lepas stop kita akan rasa perubahan pada diri

2) NIAT

Tanamkan niat kenape kita berdiet.. fahami apa maksud diet.. tak dinafikan ada yang menganggap diet ni perlu kita sekat makan dan bertempoh..

Contohnya: “ah aku diet sebulan ni je.. sebab nak kawin.. nak lah nampak kurus sikit masa kawin”

Biasa dengar kan?

3) DEFISIT KALORI

Semua pun mesti tahu utk turunkan berat badan perlu kalori defisit. Dalam mendapatkan kalori defisit seharian terdapat 2 cara:

  1. Pertama melalui kalori intake. Kalori intake kita 2000 kalori sehari.. untuk dapat defisit kita perlu makan hanya 70% saja 30% lagi adalah defisit.
  2. Kedua adalah cara yg saya buat.Sy lebih gemar dapatkan defisit kalori melalui senaman..
    Contoh kalori intake sy 2000 kalori sehari.. saya makan 2000kalori sehari.. jadi tak de defisit di situ kan..jadi sy akan bersenam dan burn around 500 kalori sehari utk dptkan defisit kalori.. selain dapat defisit sy dapat manfaat lain iaitu meningkatkan stamina dan cardiovaskular.

4) TEMPOH

Jangan terlalu cepat nak jadi kurus sehingga kan kita crash diet..mkn tak cukup kalori tak cukup nutrisi.. akibatnya nnti lain jadinya.

Benda ni berkait dgn perkara pertama.. Seboleh nye kita nk berdiet ni seumur hidup.. jadikan diet ni lifestyle kita.

Trust the process, slowly but surely, hasil pasti menanti.

5) BANYAKKAN BERCAMPUR DENGAN ORANG-ORANG POSITIF

Bergaul lah dgn kawan2 yg sama azam dgn anda..tak kisah lah.. kawan diet ke.. kawan berzumba ke.. kawan2 workout ke.. InsyAllah membantu menstabilkan mood dan memberi kita semangat dlm berdiet.

TAPIIIII

6) JANGAN COMPARE DIRI DENGAN ORANG LAIN

“Eh siti kenapa ko diet turun 10kg sebulan.. aku nak dapat 5 kg pun susah”

Trust the prosess..badan kita tak sama dgn orang lain.. jangan sebab benda ni kita down dan stop diet.. teruskan

Nak makan apa makan lah.. tapi In moderate.. makanan tak salah.. cari ilmu tentang permakanan.. InsyAllah membantu kita kelak.

Suku suku separuh adalah best way untuk berdiet. Percayalah..

Kredit: Abdullah Faiez Abd Rahman

Baca Juga: Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Selepas Amal Diet ‘Ini’, Lebih Bergaya & Cantik Sekarang!

tags: |