Semalam, acara yang julung kalinya diadakan di Malaysia, TikTok Awards menobatkan Khairul Aming menjadi pemenang utama dalam pencalonan Content Of The Year.
Dia yang dikenali sebagai pengusaha Sambal Nyet yang berjaya memberi ucapan ringkas yang padat dan bernas sehingga mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Katanya, anak muda perlu mementingkan pelajaran walaupun ingin menjadi personaliti media sosial. Kerana dengan itu, pembawaan diri dalam dunia ini akan dicerdaskan dengan ilmu yang benar di dada, bukan hanya mengejar wang ringgit semata.
“Kepada anak-anak muda di luar sana yang nak jadi content creator, adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran.
“Walaupun awak nak jadi content creator, awak kena ingat, jadi content creator ni bukan sekadar untuk viral. Untuk releven lama dalam industri awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving ada adab ada common sense,” katanya dalam ucapan ringkas itu.
Melihat kepada perjalanan 11 tahunnya dalam mengejar apa yang diperolenya sekarang, pengusaha Sambal Nyet itu membuktikan apa yang diucapkan adalah benar.
Kejayaan yang diperoleh bukanlah satu hal yang mudah seperti dilihat orang ramai. Ada sifat kesabaran dan ketabahan yang diperlukannya demi meraih apa yang dinikmatinya sekarang.
@khairulaming Terima kasih di atas sokongan anda semua. Ini award pertama saya dapat selepas 8 tahun membuat digital content. Award ni untuk korang semua 🥺❤️ #TikTokAwardsMY #ForYouMalaysia
@khairulaming Terima kasih di atas sokongan anda semua. Ini award pertama saya dapat selepas 8 tahun membuat digital content. Award ni untuk korang semua 🥺❤️ #TikTokAwardsMY #ForYouMalaysia ♬ original sound – Khairulaming
Dalam perkembangan lain, meninjau kenangan jatuh bangunnya untuk membina jenama Sambal Nyet, ia bukanlah sesuatu yang mudah.
“Selepas harungi 10 tahun yang penuh dengan cabaran, semua tu aku sangat bersyukur dengan pengalaman dan kejayaan yang ada sebab aku bukan kongsi dekat aku sorang, aku kongsi dekat semua orang keliling aku.
“Sekarang sambal nyet ada 2 kilang, kilang satu lagi tinggal sedikit lagi renovation. Terima kasih semua menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan terima kasih kepada diri sendiri yang tidak pernah putus asa,” luah Khairul Aming kongsi kisah pahit manis yang dilaluinya sebelum menempa nama.
Melihat kepada perbualan hangat netizen, ramai yang menyukai dan menyokong dengan apa yang diperkatakan itu.
Di zaman yang terlalu pesat dengan teknologi membangun ini, semoga anak-anak muda di luar sana menjadikan nasihat Khairul Aming sebagai panduan untuk sentiasa mementingkan ilmu dalam mengejar apa yang kita mahu lakukan.
Sumber: Khairul Aming