Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Udang Goreng Masak Telur Putih

Udang Goreng Masak Telur Putih

Kategori:

Mesti ramai yang suka udang. Udang dan makanan laut memerlukan teknik masakan yang cepat dan mudah untuk memastikan rasa dan kesegarannya. Jadi, resepi udang goreng masak telur putih ini memenuhi kriteria itu dan pasti menghasilkan rasa yang lazat.

Bahan-Bahan:

  • Udang
  • 2 Sudu Besar Halia*
  • 1 Sudu Kecil Minyak Bijan*
  • 1 Sudu Kecil Lada Hitam*
  • 1 Sudu Kecil Perencah Stok Ayam*
  • 1 Sudu Besar Kicap Cair*
  • 6 Biji Putih Telur
  • 1/2 Cawan Tepung Jagung
  • Minyak

Cara-cara memasak:

Perapan Udang:

  1. Bersihkan udang serta dibuang kulit.
  2. Campurkan udang dengan bahan yang bertanda (*) dan 1 biji putih telur.
  3. Gaul rata.

Adunan Putih Telur:

  1. Pukul 5 biji putih telur sehingga berbuih.
  2. Kemudian campurkan tepung jagung.
  3. Gaul rata.
  4. Campurkan udang yang telah diperap di atas dalam adunan putih telur.
  5. Masukkan satu per satu udang dalam minyak panas.
  6. Angkat dan siap.

Wah mudah bukan? Resepi resepi udang goreng masak telur putih bukan sahaja mudah tetapi dapat memberi kepuasan kepada sesiapa yang merasainya. Sajikan resepi ini bersama nasi ataupun makan begitu sahaja. Selamat mencuba!

Untuk lagi senang, boleh rujuk video di bawah.

Kredit : Ani’s Home Recipe

tags: