Juadah udang masak butter yang dihidangkan dengan sarang telur ini memang sedap. Rasanya sedikit pedas dan manis. Sesuai untuk dimakan bersama seisi keluarga. Jom kita tinjau resepinya.

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Garam (1 sudu makan)
  • Serbuk Lada Hitam (1 sudu makan)
  • Minyak ( 2 senduk)
  • Butter ( 2 sudu makan)
  • Kuning Telur
  • Bawang Putih (dihiris)
  • Cili Padi (dipotong kecil)
  • Daun Kari
  • Susu Cair
  • Secukup Rasa

Cara Memasak :

Masak Udang

  1. Gaulkan udang dengan garam dan serbuk lada hitam.
  2. Goreng udang dalam minyak yang panas. Angkat

Telur

  1. Cairkan butter dalam kuali.
  2. Kemudian masukkan minyak
  3. Tuangkan kuning telur dari atas, manakala tangan kanan gaulkan senduk.
  4. Masakkan sehingga warna emas dan berbuih.
  5. Tapiskan telur kuning yang berminyak di tissue dapur.

Butter

  1. Cairkan butter
  2. Masukkan bawang putih, cili padi, dan daun kari. Kacau
  3. Masukkan susu cair,  secukup rasa dan udang.
  4. Kacau sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Lihat video di bawah untuk lebih detail.

Sumber : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 8 times!)