Mana ada anak dalam dunia ini yang tidak takut pada ibu mereka sendiri, kan? Kalau dinasihat atau disuruh oleh mereka untuk melakukan sesuatu, tentu anak-anak akan mula cuak dan tidak menangguhkannya.
Namun adakalanya mereka akan mudah lupa dan terlepas perkara itu dari fikiran. Bila ditanya ibu, baru lah mula cuak dan bergegas untuk melakukan suruhan ibu.
Kejadian begitu telah dialami oleh kawan, ryuuchannie dan telah dikongsikan menerusi sebuah video yang telah dimuat naiknya di laman TikTok.
Keluar berjalan bersama, kawannya telah dipesan oleh ibunya untuk membeli sebungkus kari dari kedai makan untuk dijadikan lauk di rumah.
Walaupun begitu, mereka terlalu berseronok meluangkan masa bersama sehingga kawannya lupa untuk membeli lauk tersebut.
Bila berada dalam kereta dan dalam perjalanan pulang, kawannya menerima panggilan dari ibunya bertanya tentang lauk yang diminta. Cuak dan tidak ingin dibebel, mereka sanggup memusing kereta dan menuju ke kedai untuk membelinya walaupun perlu menghadapi jalan raya yang agak sesak ketika itu.
Jelas bila menjenguk semasa kawannya yang sedang memandu, dia kelihatan begitu risau, takut dimarahi ibunya semasa pulang ke rumah.
@ryuuchannie Cuak dah ni mak call tanya mana kari #fyp #fypmalaysia
@ryuuchannie Cuak dah ni mak call tanya mana kari #fyp #fypmalaysia ♬ WE CANNOT ESCAPE WE CANNOT COME OUT – Emile Morgan
Di ruangan komen pula, orang ramai turut tampil mencadangkan beberapa alasan yang mereka boleh diberi. Daripada penat hadap jalan raya yang sesak, tak salah pun jika terpaksa menipu.
Sudah tentu kita juga akan mula cuak jika terlupa pesanan ibu. Dari perlu menadah telinga dan mendengar mereka membebel, lebih baik harungi sahaja jalan raya yang sesak untuk membelinya!
Kredit: ryuuchannie
Baca Juga: Cuak Bila Anak Hilang Di Pasar Pagi, Wanita Ini Puas Cari & Terkejut Bila Jumpa Di..